Semalam ada seorang mak cik terkejar-kejar ke rumah nenek aku.
Katanya ada khabar berita baik untuk ibu tunggal.
Katanya lagi ada peruntukan dana untuk ibu tunggal dari budget kerajaan 2013.
Dia mengajak mak aku dan mak cik aku bersama-sama ke rumah si polan mendaftarkan nama.
"Eh Yam, Normah jom kita ke rumah 'si polan'. Katanya ada dana untuk ibu tunggal."Katanya memulakan cerita selepas memberi salam tak menyempat. Cerita pasal dana, semua orang suka! Maklumlah duit punya pasal.
" Semua orang da bagi nama dekat polan. Ramai tadi saya tengok," Katanya yakin. Aku hirup air masak sambil otak aku memikirkan berita jam lapan dua hari lepas. Berita Sepasukan Ibu Tunggal Menyaman Kerajaan Negeri X untuk dana ibu tunggal kiranya parti mereka memenangi PRU tahun-tahun sudah.Tak ada kaitan langsung dengan negeri Z, tempat aku dilahirkan ini.
" Wah!BR2M dapat, dana ibu tunggal ada,"Kata mak aku dalam nada gembira. Aku dapat melihat sinar mata duitan mak aku itu.
"Banyak betul duit kerajaan,"Tambah mak lagi buat aku tersedak. Dalam fikiran aku, teringatkan saman AES yang belum berbayar dan berkira-kira mahu meminta mak bayarkan hasil dari budget BR1M 2013 itu. Maklumlah Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
"Eh, Cik A, bukan ke itu untuk kerajaan negeri X?Rasanya setakat ini tak ada peruntukan dana macam tu untuk negeri lain,"Aku berkata tiba-tiba sebelum mak aku lempang aku kerana menyampuk cakap-cakap orang tua. Ahh, hiperbola pula di situ.
"Kau diam. Budak-budak apa yang kau tahu?"
"Ah mak ni! Tak demokrasi betul!"Aku kemudian terus diam membisu. Aku tahu aku perlu berkata benar walaupun pahit.
"Ehh, betullah, kalau tak, takkanlah masuk TV,"Kata mak cik itu yakin selain rasa bahagia aku dimarahi. Aku rasa geram mahu menjawab 'klise' umpama mak cik itu tahu apa maksud 'klise'.
" Telefonlah dulu Penghulu," Abang saudara aku tiba-tiba pula menyampuk. Aku mengerling abang saudaraku yang menyelamatkan keadaan. Akhirnya, dipendekkan cerita, kata sepakat diterima untuk menelefon Tok Penghulu terdahulu.
Malam itu mak aku call Tok Penghulu, dan sesungguhnya aku di pihak yang benar. Mana ada budget 2013 untuk ibu tunggal selain berita Sepasukan Ibu Tunggal Menyaman Kerajaan Negeri X untuk Dana Ibu Tunggal kiranya parti mereka memenangi PRU tahun-tahun sudah. Aku mengeluh tetapi tersenyum puas dalam hati. Haiiii... Duit Punya Pasal, Macam Macam Boleh Jadi. Tuntutan ibu tunggal untuk negeri A tapi,tempat lain pun sibuk nak join sekaki. Mujur mak aku belum isi borang kalau tak tentu bulan ini senyumnya sampai ke telinga.
No comments:
Post a Comment