Wednesday, 16 January 2013

Sudah Jatuh Tapi Mujur Tak Ditimpa Tangga!

                             Hi semua!!!!Assalamualaikum!Kan aku kata aku ketagih. Punyalah tak sabar nak update entry baru.Geelojoh sungguh sampai tatabahasa pun tak berapa nak betul pada entry lepas! Jom! Aku ada lukis kronologi peristiwa kejatuhan tangga kerana cubaan memasang lampu.Emmm..macam tak betulkan ayat tu? Abaikan.....
                   Lukisan aku buruk weh!Pedulik ape aku! Aku melukis dengan Samsung Note I.Wahhh!!Promote nih!Sangat suke samsung note sebab boleh lukis-lukis. Tak sia-sia Encik Panjang belikan aku. Huhu.



                              Aku balik dari kerja terus aku ke kedai hardware beli starter. Berkobar-kobar nih! Aku ingat masalah starter sebab lampu terkelip-kelip tak mahu hidup. Ahhhh..aku menci betul lampu aku tak mahu hidup. Macam mana nak buat keje? Masa balik tu, tanpa tukar baju office, aku terus panjat tangga. Nasib baik jugaklah aku tak tukar baju kepak kelawar, sebab kalau aku tukar baju, aku nampak comel macam gambar ni.....

                           Huuiiii....Anak sapolah ni.Chumilnyeeee..Aku amek dari Encik GOOGLE, tapi sebenarnya, ianya link pada blog ni...http://zanmyly.blogspot.com/2010/08/baju-kelawar-lyna.html. Encik Ibu dan ayah adik chumil, saya pinjam ye...Adik, nanti besar semoga jadi anak yang solehah lagi pandai ye...
                  Tak! Ko bayangkanlah aku camni......................................

                          
                             Pakai baju kepak kelawar? Tak ke perasaan macam ko tengok cite SAW?

                              Ehhhhh!Ehhh! Aku sebenarnya sempat mengeluh setelah menyedari masalah lampu berkelip bukan berpunca dari starter! Tetiba aku rasa tangga bergoyang. Benda ni berlaku sekelip mata je beb! Sedar-sedar aku dah kat atas lantai dan terlihat tangan aku terpeleot dan badan aku tersembab ke lantai. Sakit!



                                 Macam tu lah kisahnya. Huhu. Apa-apa pun, lampu still rosak and tangan aku pun bersimen. Emm.Doakan aku cepat sembuh ye!Huhu....

No comments:

Post a Comment