Friday, 18 January 2013

Mimpi


Amaran : Ini bukan entry mimpi basah.

Malam tadi...........

Aku call mak aku nangis-nangis.
Aku mengadu pada mak kenapa semua ni jadi pada aku,
Aku nak pergi kerja dan jumpa kawan-kawan aku sambil gaduh-gaduh manja dengan Kak Sue, bos aku,
Aku nak mandi macam orang normal sambil nyanyi kuat-kuat lagu "Issabella", tanpa tangan sebelah perlu gantung macam hanger,
Aku nak makan dengan sebelah tangan pegang garpu koyak daging ayam yang tak berapa nak empuk,
Aku nak drive yang mana, bila aku silap jalan aku boleh U-turn dengan rasa lega hati laju2 dekat trafik light,

Ya...itu dulu, sebelum semuanya berlaku,
Sebelum aku panjat tangga dan aku jatuh ditimpa tangga, tak!mujur tangga tak menimpa aku!

Aku menangis pada mak persoal kenapa Allah duga aku sedemikian rupa,
Aku meratap nasib aku yang aku anggap malang,

Ohhh, aku tak sedar apa lagi aku mengadu pada emak dan apa aku ingat, aku beritahu mak yang aku rasa Dia tak sayang aku. Mak kata, mengucaplah....
Pasti ada hikmah....
Percayalah....
Mak dodoi aku dan entah aku tiba-tiba
Aku tersedar aku di tempat lain,
Aku nampak orang pakai baju putih, 
Mereka doktor dan jururawat,
Mereka cuba beritahu aku tapi aku tutup telinga tak mahu dengar!
Aku bangun dan meraba,
Aku rasa errr....dan...terkejut!
Aku rasa tangan kiri aku tak ada...
Memang tak ada!!!! Tangan kiri aku tak ada!
Aku meraung!Panggil emak bertalu-talu tapi tak muncul,
Sampai aku letih...Kepenatan...........

Aku terjaga,
Berpeluh-peluh dalam dingin pagi, aku toleh kiri dan kanan dalam gelap malam,
Kerling jam yang baru pukul 4 pagi,
Umpama mimpi dalam mimpi,
Tapi ini bukan lagu Kumpulan Damasutra,
Aku mengucap panjang,
Kali ini aku sedar betul-betul,
Yakin yang aku bukan mimpi!
Aku raba tangan kiri aku....dan aku ucap syukur......

Terima kasih Allah atas nikmat-Mu ini,
Betul kata mak, Allah sayang aku kerana itu Dia uji aku,
Allah cuma uji aku sedikit, tapi melatahnya aku....Masya Allahhhhh!
Aku bukan hilang semua, macam orang yang lahirnya cacat,
Aku bukan patah tulang dan terus-terusan hilang upaya,
Ya..Aku cuma....terkehel.....
Itupun aku masih bergerak normal hampir macam manusia sihat.
Alhamdulillah.....
Insaf tak mahu merungut lagi!


Nota Kaki : Aku tengok al-kuliyyah, ustaz kasim kata, Nabi allah pun kena uji, kerana ujian mematangkan manusia supaya lebih kuat di masa akan datang.....Mudah-mudahan...Aminnnn....

Life must go on no matter what happens!...Doakan aku cepat sembuh ye(",)


No comments:

Post a Comment