Alhamdulillah. Doctor Ikhsan kata, tulang aku dah masuk balik pada tempat sepatutnya tapi, otot aku tak boleh nak move lagi. Aku punya tangan nak buat motion 360 pun tak boleh lagi. Aku cube angkat tangan sendiri pun still lemah and perlu sokongan tangan kanan. Pasal ni nanti aku cerita panjang ye.
Dunia belum berakhir. Tajuk entry nak gempak je kan. Aku cume nak cerita perasaan aku bila tangan aku terkehel.
Well, aku sebenarnya baru tujuh bulan kerja di sebuah bank. Aku nak sangat cepat confirm and aku bersungguh-sungguh kerja. OT buat tak hingat dunia, datang awal, tak mahu MC, demam and selsema sikit pun datang kerja dan seboleh-boleh nak kejar KPI. Aku nak kumpul duit, maklumlah nak kahwin.
Terima kasih Encik Google atas cincin yang cantik
Aim aku memang nak jadi permenant staff before aku kahwin. And apa paling penting, aku kira suka dengan kerja aku sekarang. Well, tipu sikt di situ. Alaaa..senang kata macam ni lah. Nak jumpa kerja yang betul-betul sesuai dengan jiwa kita memang susah tapi kerja ni aku rasa ok dengan aku. Bos aku baik orangnya. So sebab tu aku berharap sangat boleh convert as permenant staff. Boleh juga enjoy benefits yang lain.
Wah!Panjang sungguh mukadimah!
Tapi betulkan orang pernah kata. Langit tak selalunya cerah. Bila tangan aku terkehal, aku dapat MC panjang. Semua orang tahukan yang MC akan memburukkan rekod kerja. Aku rasa sedih sangat kenapa dugaaan macam ni datang waktu aku tengah 'dikemuncak'. Aku rasa loser and paling penting harapan aku hancur. Dunia aku rasa macam berakhir. Aku menangis tak hingat dunia. Termenung panjang. Mandi tak basah, tidur tak lena (cehhhh!)
Ada sesaat tu aku lupa perihal Dia. Ada detik tu aku alpa yang aku perlu berserah pada Dia. Ya...Ntah macam mana, aku terdengar lagu Dunia Belum Berakhir. Aku tahu lagu ini bukan berkonsepkan ketuhanan. Hanya cinta sesama manusia yang tak kekal lama semata. Tapi phrase 'Dunia Belum Berakhir' itu betul-betul buat aku berfikir.
Aku terasa Dia menguji keimanan aku untuk Percaya Qada' dan Qadar Allah'. Allah sebenarnya tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Aku tak tahu apa hikmah disebalik lagi, tapi aku percaya pada jalan Allah. Sedikit untuk renungan. Aku suka sangat ayat-ayat dibawah dan aku tak ingat dari mana aku ambil ayat-ayat ni. Seingat aku waktu aku belajar dulu dan aku dah lama simpannya dalam diari aku.
Kadang-kadanng,
Allah Sembunyikan Matahari,
Dia Datangkan Petir dan Kilat,
Kita Menangis Teresak-esak dan tertanya,
Ke mana hilangnya sinar,
Rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi................
Adaa lagi satu,
Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar,
Dia beri aku kaktus berduri,
Aku minta kupu-kupu Dia beri aku ulat bulu,
Aku sedih dan kecewa,
Namun kemudian,
Kaktus itu berbunga.....Indah sekali,
dan...Ulat itu pun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik sekali,
Itulah Jalan Tuhan,
Indah pada masanya,
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan...
Tapi dia beri apa yang kita perlukan....
Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka...
Tapi....Jauh Di sana,
Dia sedang mengatur yang terbaik untuk kita
Terima kasih Allah kerana menguji aku, terima kasih pada pencipta ayat-ayat indah ini.
Panjang dah aku menuliskan. Akhir kata dari aku, Salam Maulidurasul......
Doakan aku cepat sembuh ya!
Jangan kata aku alim nanti aku send virus!
Jangan kata aku alim nanti aku send virus!
No comments:
Post a Comment