Friday, 25 January 2013

Bertunang Itu Berdarah Manis Katanya


                     Orang kata bertunang itu ‘lain’ rasanya. Tak sama dengan rasa bercinta. Kentut kau pun bau wangi. Bertunang ni lain. Mungkin kau kentut, sedikit sebanyak si dia akan merungut. Kalau tak di duga dalam perhubungan, mungkin sesuatu yang buruk berlaku. Maklumlah darah manis katanya. Aku tak nak kata apa yang berlaku pada diri aku baru-baru ini adalah kerana aku berdarah manis. Ya, aku tunangan orang. Tak mahu mempercayainya.


                                                   Pertunangan aku  27 Mei 2012

                     Tapi sebelum kami bertunang pun pernah satu kejadian buruk berlaku kepada Encik Panjang. Sebulan sebelum kami bertunang dia accident dan keretanya total lost. Aku masih bersyukur dia masih selamat dan cuma cedera ringan. Syukur! Jadi,bagi aku kejadian buruk masih boleh berlaku walaupun masih belum di fasa ‘pertunangan’. Ya, kami menghampiri fasa itu.

  
                                                            Terima kasih, Ma!

                      Berkenaan perhubungan pula, bagi aku, biasalah setiap perhubungan ada naik turunnya. Kadang-kadang aku ingat, aku je PMS, rupanya ada masanya dia juga PMS. Huh! Tetiba aku teringatkan bulu mata Encik Panjang yang melentik tapi masih kalah pada Rozita Cik Wan. Adakah? Hei!!Dia lelaki normal!Juga punya perasaan nak marah, merajuk, macam aku juga. Jadi, pandai-pandailah aku dan dia kawal emosi. Bila terasa nak marah, aku diam tapi kadang kala ada jugak aku menempik! Dia pun dua kali lima. Menyampah tapi dalam diam sayang!

                     Itu yang aku boleh katakan sepanjang kami bertunang. Huh! Dugaan orang ketiga?Syukur setakat ini tak ada pulak dia angkat call senyap-senyap di belakang aku sambil dengar dia kata ‘ I LOVE YOU’ dengan nada perlahan, atau tak bagi aku pegang HPnya dan baca inbox. Bagi aku orang datang nak ‘approach’ tu biasalah, tapi sendiri mau ingatlahkan. Aku percaya Encik Panjang juga begitu maklumlah, aku tak adalah cantik persis Fazura dan dia sehensom Brad Pitt. Cehhhh!!! 



                     Apa yang aku nak katakan, bertunang ni adalah fasa yang mana aku betul-betul mengenali tunang aku selain keluarganya.  Dulu sebelum kami berkawan (belum couple ye,)aku pernah terdetik dialah orang paling selfish pernah aku jumpa. Ada satu peristiwa yang menyebabkan aku berfikir sedemikian rupa. Jangan tanya aku peristiwa apa. Dan tak sangka, lepas kenal betul-betul (waktu ni pun baru mula nak rapat), dialah orang yang sanggup teman aku kat hospital dan teman aku waktu susah senang! Tak lama lepas tu kami declare dan terus ikat tali pertunangan. Bercinta tak lama. Alhamdulillah Allah permudahkan!





                                                Alhamdulillah majlis berjalan lancar


                     Bagi aku, pertunangan hanya terikat selepas dalam hati kau setelah kau berjanji+berikrar menerima baik buruk pasangan kau. Dan berjanji+berikrar itu ditambah lagi dengan bersumpah menerima baik buruk pasangan untuk fasa seterusnya iaitu fasa perkahwinan. Kali ini bukan sahaja baik buruk dirinya, tetapi juga keluarganya. Sungguh, solat istikarah itu penting selain intuasi kau berkenaan pasangan patut diambil kira.
              Fasa bertunang, aku dan dia melalui macam-macam perkara. Tapi bagi aku, dugaan nilah yang menampakkan kematangan aku dan dia serius untuk terus ke level seterusnya. Diri aku sendiri yang tahu sama ada hubungan itu setakat itu atau mahu ke fasa seterusnya. Selain mengenali pasangan, niat aku adalah menjadi lebih baik, maklumlah wanita baik untuk lelaki baik!Mudah-mudahan!
              Nasihat aku, kalau kau betul rasa intuasi itu adalah jodoh kau, kalau gaduh, jangan sesekali tanggalkan cincin! Ingat! Tunang bukan perkara main-main! Kalau dugaan sewaktu bertunang pun tak boleh nak hadapi inikan pula selepas berkahwin.Lagi besar cabarannya!

                 Hei...Ini tunang saya. Saya sayang dia. Moga jodoh kita berpanjangan ya sayang
                                                     Melukis dengan Samsung Note I


                                         

No comments:

Post a Comment