Hi!!!Assalamualaikum....
Nak mengadu boleh? Tapi ada ke sebenarnya orang mendengar and baca blog aku? Curious...Tapi untuk semalam aku tengok adalah dalam 30 overview blog ni. Tapi adakah itu aku yang view sendiri blog aku or orang lain? Serious aku tak faham menatang berblog ni. Banyaknya aku nak kena belajar.
Emmmm...Macam mana lagik ye?Iiieee...Errr..Sebenarnya...apa tu Blogwalking?Emm...lepas tu macam mana nak follow blog orang ye? Nak Link pada web or link pada blog orang lain? Aku tak pandai. Betul ke istilah yang aku guna? Ke Jargon sangat wehhh....Memang betul, banyak lagi yang aku perlu explore race (tetibe kan)
Serius aku tak pandai...Aku bukan Tech Savvy. Aku tahu, mesti ada orang kata aku sengal. Nak berblog tapi tak pandai. Mesti ada orang kata aku lahir zaman batu. Tak keysah orang nak kata apa, aku bukan kesah sangat pun. Ini juga adalah sebab kenapa aku rasa hesitate nak ada blog mula-mula dulu.Dulu aku pernah ada blog tapi umpamanya hujan ditengah hari sebab benda-benda macam ni lah. Aku pun dah tak ingat nama blog tu.
Terus terang aku kata, intention aku berblog ni bukan nak ada follower atau nak untung. Tapikan, if tetibe ada orang nak follow blog aku...and disebabkan aku tak pandai set setting, dia tak boleh nak follow aku rase macam terkilan gak lah kan. Same jugak bile aku nak nak buat entry pasal sesuatu dan nak link pada satu blog tu aku tak reti. Sungguh! Banyak yang aku perlu ambil tahu lagi.
Aku suke nak menulis sebab aku nak mencatatkan kisah hidup aku. Aku dah ada diary tebal tapi sekarang ni macam dah tak praktikal sebab diary tak boleh nak upload gambar. Lagi satu aku frust sangat bila balik kampung aku tertinggal diary dekat rumah sewa dan tak dapat catat benda-benda yang berlaku dalam hidup aku. What a waste!
ehsan Encik Google
Apalah makna, kalau sesuatu yang kita boleh capture gambar (I call it sweet moment), tak bleh nak letak bersamaan luahan hati kitakan?Diary tak boleh buat macam ni. Boleh je nak ada paloroid camera, tapi bila dah ada HP yang berteknologi camera 8 megapixel apa gunanyakan?(canggih sangat lerr tewww). Lagilah sekarang dah ada instagram. Kekadang nak perasan huduh, gambar boleh jadi suburuk ini.
Seram tak?Nenek kebayan sungguh!
Agak nak cun............................letaklah gambar ini........................
Cun habis lerrr konon?Sila muntah!
Sebelum aku ada blog, aku rasa hidup aku sangat sucks. Aku rase aku LOSER.Aku rasa teruk and useless, lebih-lebih lagi setelah tangan kiri aku tak boleh gerak. Tapi, bila aku ada blog baru aku perasan hidup aku tak lah seteruk mana. Tak adalah seloser yang aku rasa. Ada orang lagi teruk sebenarnya tapi tak adalah merungut macam aku. Paling penting, perasaan ni adalah satu lagi Small Little Things I should Appreciate. Selain tu aku rasa, aku boleh muhasabah diri untuk mencari 1001 alasan yang munasabah untuk merungut benda-benda kecil. Dan paling penting buatkan aku lebih rasa bersyukur. Allah suka hamba-Nya yang bersyukur.
Macam aku kata, banyak benda lagi yang perlu aku pelajari. Well, Never Stop Learning! Doakan aku cepat sembuh!
Smti
ReplyDelete