Thursday 31 January 2013

Duit Punya Pasal

                Semalam ada seorang mak cik terkejar-kejar ke rumah nenek aku.

Katanya ada khabar berita baik untuk ibu tunggal.
Katanya lagi ada peruntukan dana untuk ibu tunggal dari budget kerajaan 2013.
Dia mengajak mak aku dan mak cik aku bersama-sama ke rumah si polan mendaftarkan nama.

"Eh Yam, Normah jom kita ke rumah 'si polan'. Katanya ada dana untuk ibu tunggal."Katanya memulakan cerita selepas memberi salam tak menyempat. Cerita pasal dana, semua orang suka! Maklumlah duit punya pasal.

" Semua orang da bagi nama dekat polan. Ramai tadi saya tengok," Katanya yakin. Aku hirup air masak sambil otak aku memikirkan berita jam lapan dua hari lepas. Berita Sepasukan Ibu Tunggal Menyaman Kerajaan Negeri X untuk dana ibu tunggal kiranya parti mereka memenangi PRU tahun-tahun sudah.Tak ada kaitan langsung dengan negeri Z, tempat aku dilahirkan ini.

" Wah!BR2M dapat, dana ibu tunggal ada,"Kata mak aku dalam nada gembira. Aku dapat melihat sinar mata duitan mak aku itu.

"Banyak betul duit kerajaan,"Tambah mak lagi buat aku tersedak. Dalam fikiran aku, teringatkan saman AES yang belum berbayar dan berkira-kira mahu meminta mak bayarkan hasil dari budget BR1M 2013 itu. Maklumlah Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

"Eh, Cik A, bukan ke itu untuk kerajaan negeri X?Rasanya setakat ini tak ada peruntukan dana macam tu untuk negeri lain,"Aku berkata tiba-tiba sebelum mak aku lempang aku kerana menyampuk cakap-cakap orang tua. Ahh, hiperbola pula di situ.

"Kau diam. Budak-budak apa yang kau tahu?"

"Ah mak ni! Tak demokrasi betul!"Aku kemudian terus diam membisu. Aku tahu aku perlu berkata benar walaupun pahit.

"Ehh, betullah, kalau tak, takkanlah masuk TV,"Kata mak cik itu yakin selain rasa bahagia aku dimarahi. Aku rasa geram mahu menjawab 'klise' umpama mak cik itu tahu apa maksud 'klise'.

" Telefonlah dulu Penghulu," Abang saudara aku tiba-tiba pula menyampuk. Aku mengerling abang saudaraku yang menyelamatkan keadaan. Akhirnya, dipendekkan cerita, kata sepakat diterima untuk menelefon Tok Penghulu terdahulu.

Malam itu mak aku call Tok Penghulu, dan sesungguhnya aku di pihak yang benar. Mana ada budget 2013 untuk ibu tunggal selain berita Sepasukan Ibu Tunggal Menyaman Kerajaan Negeri X untuk Dana Ibu Tunggal kiranya parti mereka memenangi PRU tahun-tahun sudah. Aku mengeluh tetapi tersenyum puas dalam hati. Haiiii... Duit Punya Pasal, Macam Macam Boleh Jadi. Tuntutan ibu tunggal untuk negeri A tapi,tempat lain pun sibuk nak join sekaki. Mujur mak aku belum isi borang kalau tak tentu bulan ini senyumnya sampai ke telinga.




Monday 28 January 2013

Dah Ada Template : Yang Penting Mahu Belajar

                Hi!!!Assalamualaikum....

                        Aku dah ada template!Yeah!Yeah!Ok Fine!Jangan kata aku jakun (memang pun hihih...)


                      Yang penting kena rajin explore. Tadi, aku dok lah terfikir macam mana nak letak picture yang aku print screen. Google punya google dan terjumpa blog ni. Cik Yuyu so comel ni. Linknya Sini. Thanks Cik Yuyu. Tapi bila aku click, website tu Free 30 days trial je. Apa pun thanks dekat Cik Yuyu.Huhu. Satu lagi ilmu yang dapat aku belajar hari ni.


                      Apa-apa pun yang kita buat jangan give up kan. Aku terbaca comment dekat blog Cik Yuyu lepas tu ada satu komentor kate dia save pada PAINT je. Ha lagi simple and mudah dan aku pun bukan nak edit apa-apa.

                                                 refer pada komentor phreak-id

                       Huhu.Alhamdulillah. Allah permudahkan.


Banyak Perkara Yang Perlu Dipelajari Lagi

                  Hi!!!Assalamualaikum....
                  Nak mengadu boleh? Tapi ada ke sebenarnya orang mendengar and baca blog aku? Curious...Tapi untuk semalam aku tengok adalah dalam 30 overview blog ni. Tapi adakah itu aku yang view sendiri blog aku or orang lain? Serious aku tak faham menatang berblog ni. Banyaknya aku nak kena belajar.
                  Emmmm...Macam mana lagik ye?Iiieee...Errr..Sebenarnya...apa tu Blogwalking?Emm...lepas tu macam mana nak follow blog orang ye? Nak Link pada web or link pada blog orang lain? Aku tak pandai. Betul ke istilah yang aku guna? Ke Jargon sangat wehhh....Memang betul, banyak lagi yang aku perlu explore race (tetibe kan)
                 Serius aku tak pandai...Aku bukan Tech Savvy. Aku tahu, mesti ada orang kata aku sengal. Nak berblog tapi tak pandai. Mesti ada orang kata aku lahir zaman batu. Tak keysah orang nak kata apa, aku bukan kesah sangat pun. Ini juga adalah sebab kenapa aku rasa hesitate nak ada blog mula-mula dulu.Dulu aku pernah ada blog tapi umpamanya hujan ditengah hari sebab benda-benda macam ni lah. Aku pun dah tak ingat nama blog tu.
                 Terus terang aku kata, intention aku berblog ni bukan nak ada follower atau nak untung. Tapikan, if tetibe ada orang nak follow blog aku...and disebabkan aku tak pandai set setting, dia tak boleh nak follow aku rase macam terkilan gak lah kan. Same jugak bile aku nak nak buat entry pasal sesuatu dan nak link pada satu blog tu aku tak reti. Sungguh! Banyak yang aku perlu ambil tahu lagi.
                Aku suke nak menulis sebab aku nak mencatatkan kisah hidup aku. Aku dah ada diary tebal tapi sekarang ni macam dah tak praktikal sebab diary tak boleh nak upload gambar. Lagi satu aku frust sangat bila balik kampung aku tertinggal diary dekat rumah sewa dan tak dapat catat benda-benda yang berlaku dalam hidup aku. What a waste!

                                                      ehsan Encik Google

                Apalah makna, kalau sesuatu yang kita boleh capture gambar (I call it sweet  moment), tak bleh nak letak bersamaan luahan hati kitakan?Diary tak boleh buat macam ni. Boleh je nak ada paloroid camera, tapi bila dah ada HP yang berteknologi camera 8 megapixel apa gunanyakan?(canggih sangat lerr tewww). Lagilah sekarang dah ada instagram. Kekadang nak perasan huduh, gambar boleh jadi suburuk ini.

                                                Seram tak?Nenek kebayan sungguh!

                        Agak nak cun............................letaklah gambar ini........................


                                                    Cun habis lerrr konon?Sila muntah!

                           Sebelum aku ada blog, aku rasa hidup aku sangat sucks. Aku rase aku LOSER.Aku rasa teruk and useless, lebih-lebih lagi setelah tangan kiri aku tak boleh gerak. Tapi, bila aku ada blog baru aku perasan hidup aku tak lah seteruk mana. Tak adalah seloser yang aku rasa. Ada orang lagi teruk sebenarnya tapi tak adalah merungut macam aku. Paling penting, perasaan ni adalah satu lagi Small Little Things I should Appreciate. Selain tu aku rasa, aku boleh muhasabah diri untuk mencari 1001 alasan yang munasabah untuk merungut benda-benda kecil. Dan paling penting buatkan aku lebih rasa bersyukur. Allah suka hamba-Nya yang bersyukur.
                         Macam aku kata, banyak benda lagi yang perlu aku pelajari. Well, Never Stop Learning! Doakan aku cepat sembuh!

Saturday 26 January 2013

Melayan Perut : Grilled Butter Chicken

                   Hi!!Assalamualaikum.....
                   Ada tak meal yang korang tertunggu-tunggu yang mana ianya bukan selalu korang jumpa? Macam contohnya, murtabak yang hanya ada pada bulan puasa? Atau, Ayam percik yang cuma ada di pasar malam. Mesti tak sabar dan asyik dok mengidam!
                   Ni nak cerita pasal makanan feveret aku tiap kali akhir tahun menjeling. Akhir tahun?Ha ah...Macam McD Burger Prosperity, ianya hanya ada bila menjelang Tahun Baru China kan? Tak poon cheezy 7 dari Pizza Hut. Yang ni aku perasan, akhir tahun je dia menjelma dekat kaca TV, sengaja nak bagi orang terliur dengan cheese yang ditarik-tarik. Nyampah mak, nokkk!!!
                   Macam feveret meal aku ni nak jugak, sengaja sungguh bagi batin aku terseksa sepanjang tahun nak tungu akhir tahun baru boleh jumpa! Boleh tak aku nak panggil seasonal meal? Ehhh...macam durian pulakkan padahal tiap sepanjang tahun kau boleh tgk durian longgok tepi jalan. 
                     
 Jeng!jeng!jeng! Mempersembahkan!!!!!!

                                                                                 "
                                                                                 "
                                                                                 "
                                                                                 "
                                                                                 "
                                                                                 "
                                                                                 "

                                              GRILLLED BUTTER CHICKEN
                                              dari CHICKEN RICE SHOP!!!!!!!!!

                               Nampak tak!nampak tak! Popular Demand Kot!

                                                     Ni set yang aku selalu order. Set A

                      Sedap kemain weh!!Cube tengok ayam dia. Aku ni kalau makan ayam memang suke pilih part dada.Memang kena la selera aku. Nampak tak gravy dia. Ha...tulah butter yang sangat yummy!Pekat! Sesetengah orang, mungkin senang rasa muak, tapi if korang suke benda yang bercheese-cheese, Grilled Chicken ni mesti sangat sesuai dengan tekak korang. Portion ayam yang diberi memang sesuai untuk aku yang pelahap ni.
               Cube tengok Park Choy dia. Bukan Pork Choy hoiii! Wuihhhh...Segar dari ladang. Terbaik!!!Fresh sebab diaorang cume layur dengan air panas. Lepas tu, dia orang 'simbah' dengan sos oyster. Pastu tabur bawang goreng. Simple tapi sedap. Portion pun banyak untuk seorang makan sebab aku memang suke makan sayur. Huhu. Tolak batu kayu je aku ni.
               Nampak tak menatang cam cekodok tu? Ehhh? Macam ke? Ada nama la. Dipanggil Nyonya Pat Tee. Aku tak tahu nak describe macam mana. Tapi, keadaannya luarnya macam mangkuk/bekas mangkuk cupcake, entah-tak-tahu-tapi-boleh-makan. Rangup dan dalamnya ada sayur-sayur yang fresh. Rasanya macam kau makan popia sayur.. Haaa...macam tulah...Sos dia adalah berupa sos cili biasa-biasa yang korang boleh jumpa kalau makan nasi ayam tepi jalan. Dalam gambar tak ada sebab mungkin waitress terlupa nak hantar lagi.
               Sup dia? Tasteless kot. Tak berapalah. So-so je.Macam air panas campur perasa ayam sikit. Haha. Jahat aku! Yang penting ayam sedap!

                                   Ni adalah set-set yang ada. Click untuk tumbesaran. Aku makan sorang, so set A sudeyyyy. RM17.99 termasuk government tax and service charge!

Oklah! Doakan aku cepat sembuh!
                    




Anak Saudara

                  Siapa ada anak saudara? Aku tak ada maklumlah aku anak sulung. Adik aku kata tak sabar nak menimang anak sedara. Ehem!
                 Walaupun aku tak ada anak saudara, tapi abang sepupu aku yang aku dah anggap macam abang sendiri, ada tiga orang anak. Jadi automatik aku ada anak sedaralahkan! Aku tulis entry ni sebab aku rindu sangat dengan diaorang.

                                            Perkenalkan!!!Najmi dan Najihah!!!

                       Huhu. Najmi ni si abang. Nakalnya masya allah! Nakal-nakal pun Fak Kakak tetap sayang!Najihah ni yang kedua. Sebenarnya Najihah ada lagi adik tapi masih baby. Huhu. Namanya Nabil. Yang chumilnya, Najmi ni panggil adik dia, Adik Titiah akibat kepelatan. Geramkan! Umur Najmi baru nak masuk empat tahun.
                Geramnya! Najmi ni waktu kecik lagi, keleteh dia menggeramkan semua orang.Tu yang asyik rindu dia memanjang. Najmi waktu kecik sikit dia habis dengki dengan Titiah. Tapi makin besar nampak sangat dia makin sayang adik dia. Walaupun kengkadang gaduh-gaduh manja.Cuba tengok gambar ni.

                     Tapi, paling aku tak boleh blah, Najmi kata rambut Titiah macam cendawan. Aku fikir macam mana????Hah? Imaginasi budak ni selaras dengan neuron-neuron yang berkembangkan?

   Ni Najmi lukis!Ahh,Percaya sangat!Bedaah je lebih......Layankan jelah karenah dia..nasib kau comellll......
                                                 Melukis dengan Samsung Note I

                               Hi cendawan...Nak gigit awak boleh? Chumil sangat!

Oklah. Rindu tak habis lagi! Bye semua!

Friday 25 January 2013

Bertunang Itu Berdarah Manis Katanya


                     Orang kata bertunang itu ‘lain’ rasanya. Tak sama dengan rasa bercinta. Kentut kau pun bau wangi. Bertunang ni lain. Mungkin kau kentut, sedikit sebanyak si dia akan merungut. Kalau tak di duga dalam perhubungan, mungkin sesuatu yang buruk berlaku. Maklumlah darah manis katanya. Aku tak nak kata apa yang berlaku pada diri aku baru-baru ini adalah kerana aku berdarah manis. Ya, aku tunangan orang. Tak mahu mempercayainya.


                                                   Pertunangan aku  27 Mei 2012

                     Tapi sebelum kami bertunang pun pernah satu kejadian buruk berlaku kepada Encik Panjang. Sebulan sebelum kami bertunang dia accident dan keretanya total lost. Aku masih bersyukur dia masih selamat dan cuma cedera ringan. Syukur! Jadi,bagi aku kejadian buruk masih boleh berlaku walaupun masih belum di fasa ‘pertunangan’. Ya, kami menghampiri fasa itu.

  
                                                            Terima kasih, Ma!

                      Berkenaan perhubungan pula, bagi aku, biasalah setiap perhubungan ada naik turunnya. Kadang-kadang aku ingat, aku je PMS, rupanya ada masanya dia juga PMS. Huh! Tetiba aku teringatkan bulu mata Encik Panjang yang melentik tapi masih kalah pada Rozita Cik Wan. Adakah? Hei!!Dia lelaki normal!Juga punya perasaan nak marah, merajuk, macam aku juga. Jadi, pandai-pandailah aku dan dia kawal emosi. Bila terasa nak marah, aku diam tapi kadang kala ada jugak aku menempik! Dia pun dua kali lima. Menyampah tapi dalam diam sayang!

                     Itu yang aku boleh katakan sepanjang kami bertunang. Huh! Dugaan orang ketiga?Syukur setakat ini tak ada pulak dia angkat call senyap-senyap di belakang aku sambil dengar dia kata ‘ I LOVE YOU’ dengan nada perlahan, atau tak bagi aku pegang HPnya dan baca inbox. Bagi aku orang datang nak ‘approach’ tu biasalah, tapi sendiri mau ingatlahkan. Aku percaya Encik Panjang juga begitu maklumlah, aku tak adalah cantik persis Fazura dan dia sehensom Brad Pitt. Cehhhh!!! 



                     Apa yang aku nak katakan, bertunang ni adalah fasa yang mana aku betul-betul mengenali tunang aku selain keluarganya.  Dulu sebelum kami berkawan (belum couple ye,)aku pernah terdetik dialah orang paling selfish pernah aku jumpa. Ada satu peristiwa yang menyebabkan aku berfikir sedemikian rupa. Jangan tanya aku peristiwa apa. Dan tak sangka, lepas kenal betul-betul (waktu ni pun baru mula nak rapat), dialah orang yang sanggup teman aku kat hospital dan teman aku waktu susah senang! Tak lama lepas tu kami declare dan terus ikat tali pertunangan. Bercinta tak lama. Alhamdulillah Allah permudahkan!





                                                Alhamdulillah majlis berjalan lancar


                     Bagi aku, pertunangan hanya terikat selepas dalam hati kau setelah kau berjanji+berikrar menerima baik buruk pasangan kau. Dan berjanji+berikrar itu ditambah lagi dengan bersumpah menerima baik buruk pasangan untuk fasa seterusnya iaitu fasa perkahwinan. Kali ini bukan sahaja baik buruk dirinya, tetapi juga keluarganya. Sungguh, solat istikarah itu penting selain intuasi kau berkenaan pasangan patut diambil kira.
              Fasa bertunang, aku dan dia melalui macam-macam perkara. Tapi bagi aku, dugaan nilah yang menampakkan kematangan aku dan dia serius untuk terus ke level seterusnya. Diri aku sendiri yang tahu sama ada hubungan itu setakat itu atau mahu ke fasa seterusnya. Selain mengenali pasangan, niat aku adalah menjadi lebih baik, maklumlah wanita baik untuk lelaki baik!Mudah-mudahan!
              Nasihat aku, kalau kau betul rasa intuasi itu adalah jodoh kau, kalau gaduh, jangan sesekali tanggalkan cincin! Ingat! Tunang bukan perkara main-main! Kalau dugaan sewaktu bertunang pun tak boleh nak hadapi inikan pula selepas berkahwin.Lagi besar cabarannya!

                 Hei...Ini tunang saya. Saya sayang dia. Moga jodoh kita berpanjangan ya sayang
                                                     Melukis dengan Samsung Note I


                                         

Super Saver : Ubat Gigi dan Berus Gigi

              Hi!!Assalamualaikum! Macamlah aku sorang yang memberus gigikan? Tak kira!Nak tunjuk jugak!Nak jugak!

                      Aku beli ubat gigi ni dengan harga RM12.79 dapat sekali ubat gigi for free worth for RM 9.47. Jimatkan? Berus gigi 360 ni bukan sahaja boleh berus gigi tapi ada lagi dua fungsi seperti membersihkan lidah dan gusi.


Jom tengok resit 

                             Murahkan? Benda kecik macam ni pun aku nak postkan? Gila tak ada idea.Bukan! Jangan salah faham maksud aku. Aku happy sebab dapat buat penjimatan.Siapa tak happy bila aku memang nak beli ubat gigi and berus gigi tetiba ada off camni. Mungkin ammountnya tak besar tapi still duitkan...Janganlah bile ko dapat baju ZARA or MNG 70% off baru ko nak rase happy.  Small little things mcm ni pun aku rasa happy nak lalui hari-hari aku. Huhu. Tak salahkan share?Huhu....Oh ya! Aku beli di giant and tak tau still continue or dah discontinue.Hihi.

Doakan aku cepat sembuh ya!

                                                 

Tiada Lagi Kegelapan

               Ya. Gelap! Apa lagi yang boleh aku gambarkan? Hidup aku kegelapan tanpa cahaya dari lampu yang diberi nama kalimantang. Hanya berteman cahaya rembulan yang indahnya hanya sesuai untuk manusia bercengkarama kononnya romantik (aku tahu aku bukan merepakkan?).Aku meraba dalam kegelapan. Sesekali kakiku tersadung lantai parquet sambil mulut menyumpah seranah %$#@*...Sialan! Aku terlepas jua! Mengaduh sakit.
               Krik!Krik! Itu bunyi cengkerik.
               Bunyi cengkering menghias indah malam. Hoiii...Sungguh aku tak faham kenapa bunyi cengkerik selalu interap perbualan manusia akhir-akhir ini. Tetapi indahnya itu diganggu bunyi kipas duduk yang sangat mengjengkalkan. Atau ayat yang lebih sedap didengar, Si kipas berbunyi menandakan dia sedang menjalankan amanah yang diberikan.
                                        Kipas yang telah berkhidmat kepadaku sejak kecil
               Ahhh!!Persetankan bunyi kipas itu!!Patut diganti dengan kipas yang baru lagi senyap. Atau mungkinkan dengan Air-Cond Jenama Penasonic?Lebih nyaman dengan kuasa dua senyap (Mata kedip-kedip sambil buat muka chumil mintak penampar).
              Ya dan akhirnya. Akhirnya janji ditepati...Dan aku tidak bergelap lagi. Terima kasih Encik Panjang. Terima kasih atas segalanya. 


Boleh tahan terang la.

Dan yang penting....aku, tidak bergelap lagi. Yeahhhhh!!!!


Thursday 24 January 2013

Dunia Belum Berakhir

               Hi...Lama aku tak update blogkan. Maklumlah busy sket. Cehhh! Macam lah kerja. Heiii! Nak dengar berita tak?Simen aku dah dibukak! Happy! Tapi still tak boleh nak gerak as 'normal' person. Macam mana pun, aku tetap bersyukur. Hehe. Walaupun nangis-nangis pada makkan. 
              Alhamdulillah. Doctor Ikhsan kata, tulang aku dah masuk balik pada tempat sepatutnya tapi, otot aku tak boleh nak move lagi. Aku punya tangan nak buat motion 360 pun tak boleh lagi. Aku cube angkat tangan sendiri pun still lemah and perlu sokongan tangan kanan. Pasal ni nanti aku cerita panjang ye.
              Dunia belum berakhir. Tajuk entry nak gempak je kan. Aku cume nak cerita perasaan aku bila tangan aku terkehel. 
             Well, aku sebenarnya baru tujuh bulan kerja di sebuah bank. Aku nak sangat cepat confirm and aku bersungguh-sungguh kerja. OT buat tak hingat dunia, datang awal, tak mahu MC, demam and selsema sikit pun datang kerja dan seboleh-boleh nak kejar KPI. Aku nak kumpul duit, maklumlah nak kahwin.

                                    Terima kasih Encik Google atas cincin yang cantik

                Aim aku memang nak jadi permenant staff before aku kahwin. And apa paling penting, aku kira suka dengan kerja aku sekarang. Well, tipu sikt di situ. Alaaa..senang kata macam ni lah. Nak jumpa kerja yang betul-betul sesuai dengan jiwa kita memang susah tapi kerja ni aku rasa ok dengan aku. Bos aku baik orangnya. So sebab tu aku berharap sangat boleh convert as permenant staff. Boleh juga enjoy benefits yang lain. 
               Wah!Panjang sungguh mukadimah!
              
               Tapi betulkan orang pernah kata. Langit tak selalunya cerah. Bila tangan aku terkehal, aku dapat MC panjang. Semua orang tahukan yang MC akan memburukkan rekod kerja. Aku rasa sedih sangat kenapa dugaaan macam ni datang waktu aku tengah 'dikemuncak'. Aku rasa loser and paling penting harapan aku hancur. Dunia aku rasa macam berakhir. Aku menangis tak hingat dunia. Termenung panjang. Mandi tak basah, tidur tak lena (cehhhh!)
               Ada sesaat tu aku lupa perihal Dia. Ada detik tu aku alpa yang aku perlu berserah pada Dia. Ya...Ntah macam mana, aku terdengar lagu Dunia Belum Berakhir. Aku tahu lagu ini bukan berkonsepkan ketuhanan. Hanya cinta sesama manusia yang tak kekal lama semata. Tapi phrase 'Dunia Belum Berakhir' itu betul-betul buat aku berfikir.
              Aku terasa Dia menguji keimanan aku untuk Percaya Qada' dan Qadar Allah'. Allah sebenarnya tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Aku tak tahu apa hikmah disebalik lagi, tapi aku percaya pada jalan Allah. Sedikit untuk renungan. Aku suka sangat ayat-ayat dibawah dan aku tak ingat dari mana aku ambil ayat-ayat ni. Seingat aku waktu aku belajar dulu dan aku dah lama simpannya dalam diari aku.

Kadang-kadanng,
Allah Sembunyikan Matahari,
Dia Datangkan Petir dan Kilat,
Kita Menangis Teresak-esak dan tertanya,
Ke mana hilangnya sinar,
Rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi................

              Adaa lagi satu,

Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar,
Dia beri aku kaktus berduri,
Aku minta kupu-kupu Dia beri aku ulat bulu,
Aku sedih dan kecewa,
Namun kemudian,
Kaktus itu berbunga.....Indah sekali,
dan...Ulat itu pun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik sekali,
Itulah Jalan Tuhan,
Indah pada masanya,
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan...
Tapi dia beri apa yang kita perlukan....
Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka...
Tapi....Jauh Di sana,
Dia sedang mengatur yang terbaik untuk kita

             Terima kasih Allah kerana menguji aku, terima kasih pada pencipta ayat-ayat indah ini.

             Panjang dah aku menuliskan. Akhir kata dari aku, Salam Maulidurasul......


Doakan aku cepat sembuh ya!
Jangan kata aku alim nanti aku send virus!






Friday 18 January 2013

Mimpi


Amaran : Ini bukan entry mimpi basah.

Malam tadi...........

Aku call mak aku nangis-nangis.
Aku mengadu pada mak kenapa semua ni jadi pada aku,
Aku nak pergi kerja dan jumpa kawan-kawan aku sambil gaduh-gaduh manja dengan Kak Sue, bos aku,
Aku nak mandi macam orang normal sambil nyanyi kuat-kuat lagu "Issabella", tanpa tangan sebelah perlu gantung macam hanger,
Aku nak makan dengan sebelah tangan pegang garpu koyak daging ayam yang tak berapa nak empuk,
Aku nak drive yang mana, bila aku silap jalan aku boleh U-turn dengan rasa lega hati laju2 dekat trafik light,

Ya...itu dulu, sebelum semuanya berlaku,
Sebelum aku panjat tangga dan aku jatuh ditimpa tangga, tak!mujur tangga tak menimpa aku!

Aku menangis pada mak persoal kenapa Allah duga aku sedemikian rupa,
Aku meratap nasib aku yang aku anggap malang,

Ohhh, aku tak sedar apa lagi aku mengadu pada emak dan apa aku ingat, aku beritahu mak yang aku rasa Dia tak sayang aku. Mak kata, mengucaplah....
Pasti ada hikmah....
Percayalah....
Mak dodoi aku dan entah aku tiba-tiba
Aku tersedar aku di tempat lain,
Aku nampak orang pakai baju putih, 
Mereka doktor dan jururawat,
Mereka cuba beritahu aku tapi aku tutup telinga tak mahu dengar!
Aku bangun dan meraba,
Aku rasa errr....dan...terkejut!
Aku rasa tangan kiri aku tak ada...
Memang tak ada!!!! Tangan kiri aku tak ada!
Aku meraung!Panggil emak bertalu-talu tapi tak muncul,
Sampai aku letih...Kepenatan...........

Aku terjaga,
Berpeluh-peluh dalam dingin pagi, aku toleh kiri dan kanan dalam gelap malam,
Kerling jam yang baru pukul 4 pagi,
Umpama mimpi dalam mimpi,
Tapi ini bukan lagu Kumpulan Damasutra,
Aku mengucap panjang,
Kali ini aku sedar betul-betul,
Yakin yang aku bukan mimpi!
Aku raba tangan kiri aku....dan aku ucap syukur......

Terima kasih Allah atas nikmat-Mu ini,
Betul kata mak, Allah sayang aku kerana itu Dia uji aku,
Allah cuma uji aku sedikit, tapi melatahnya aku....Masya Allahhhhh!
Aku bukan hilang semua, macam orang yang lahirnya cacat,
Aku bukan patah tulang dan terus-terusan hilang upaya,
Ya..Aku cuma....terkehel.....
Itupun aku masih bergerak normal hampir macam manusia sihat.
Alhamdulillah.....
Insaf tak mahu merungut lagi!


Nota Kaki : Aku tengok al-kuliyyah, ustaz kasim kata, Nabi allah pun kena uji, kerana ujian mematangkan manusia supaya lebih kuat di masa akan datang.....Mudah-mudahan...Aminnnn....

Life must go on no matter what happens!...Doakan aku cepat sembuh ye(",)


Wednesday 16 January 2013

Melayan Perut : Smart Lunch Pizza Hut!

                       Hi semua!!!!Assalamualaikum!Mesti!Mesti ada kata aku gile!Ada aku kisah? Aku ketagih nak update entry beb! Ketagih! Haha.....

                       Nak cerita sikit pasal makan. Aku ni sejak sakit, selera nak makan kurang sikit.Wah...kate tak ada selera. Berat badan menaik jugak, bukan menurun! Haihhhh...stresssssssssssssss.Tension sangatkan sampai 's' pun panjang. Hei!Haruslah....Dulu berat aku 60-62kg (sila lihat gmbarajah sebagai bukti) untuk bulan septemberlah. Sebelum tu lagi, selimmmmmm saaaaangatttt.56kg-57kg je gitu.Wahhhh...Ala-ala model gitu!
                Apa yang aku boleh kata, berat aku berkadar langsung dengan kegembiraan aku. Semakin aku suka hati, semakin beratlah aku. Bila aku susah hati, automatik berat aku boleh turun dengan syarat aku tidak tinggal bersama dengan parents aku.

                    Berat aku sekarang..........................................



                    Jengjeng........ye...65kg disitu...Baiklah.Bukan!64kg. Aku masih positive!

                    Dr Azizan....saya tumpang lalu ye. Cuma nak amek sedikit aura positive doctor..huk!huk!(Batuk ngade)

                          Aku MASIH positif memikirkan yang pertambahan berat badan sebanyak 2-3kg adalah datang dari simen tangan kiri aku. Ya positif.

                 Tetapi hakikatnya tuntutan lima kali sehari itu, masih perlu dipenuhi. Jom!Smart Shop!Hoiiii!Smart Shop sangat ye, kalau dulu mungkin iklan Smart Shop untuk alat senaman kempiskan perut. Nak jadikan cerita, rumah aku dekat sangatttttt dengan Pizza Hut dan tengah hari yang indah tu, iklan di TV Pizza Hut berjaya mempengaruhi aku bahawa RM8.90 adalah murah untuk satu hidangan tengah hari.



                                                               Lunch like a King! 
               Yeee..Pizza Hut menawarkan Lunch Meal serendah RM8.90 yang mana ada Main Dish, Minuman dan Side Order skali. Tapi since aku amek set yang Superior, harga bermula RM12.90.
                Bak kate orang putih lagi......Let's the pictures speak!

                           Main Dish aku mintak Pasta Creamy Carbonara. Pasta tu guna Fettucini. Ikut tekak aku yang melayu ni, aku suke letak lebih black papper. Baru ummmpphhhh! Dalam cawan tuh, ehhh....bowl tu Mushrooom Soup.


                         Drink...Teh O Ice atau dalam bahasa lainnya ICE LEMON TEA. Wahhhh! (Sambil lap peluh didahi).....


                    Yang ni...Wahlaweh!!!Volcano Chocolate! Yummieh! Ini adalah choc cake yang dalamnya tuh ade coklat yang mencair.......ummmpphhhh...dimakan bersama aiskrim vanilla. Ok!Dah!Aku ni memang tak pandai nak bermadah helah.

          Termasuk Government Tax dan Service Charge harga semua adalah......

                                                                    
                                               Jeng!Jeng!Jeng!

                                  RM 27.15

         Kata orang putih lagi.....Action Speaks Louder Than Word kan?


                                             Double Chin itu pentingkan. Chumilkan?



Sudah Jatuh Tapi Mujur Tak Ditimpa Tangga!

                             Hi semua!!!!Assalamualaikum!Kan aku kata aku ketagih. Punyalah tak sabar nak update entry baru.Geelojoh sungguh sampai tatabahasa pun tak berapa nak betul pada entry lepas! Jom! Aku ada lukis kronologi peristiwa kejatuhan tangga kerana cubaan memasang lampu.Emmm..macam tak betulkan ayat tu? Abaikan.....
                   Lukisan aku buruk weh!Pedulik ape aku! Aku melukis dengan Samsung Note I.Wahhh!!Promote nih!Sangat suke samsung note sebab boleh lukis-lukis. Tak sia-sia Encik Panjang belikan aku. Huhu.



                              Aku balik dari kerja terus aku ke kedai hardware beli starter. Berkobar-kobar nih! Aku ingat masalah starter sebab lampu terkelip-kelip tak mahu hidup. Ahhhh..aku menci betul lampu aku tak mahu hidup. Macam mana nak buat keje? Masa balik tu, tanpa tukar baju office, aku terus panjat tangga. Nasib baik jugaklah aku tak tukar baju kepak kelawar, sebab kalau aku tukar baju, aku nampak comel macam gambar ni.....

                           Huuiiii....Anak sapolah ni.Chumilnyeeee..Aku amek dari Encik GOOGLE, tapi sebenarnya, ianya link pada blog ni...http://zanmyly.blogspot.com/2010/08/baju-kelawar-lyna.html. Encik Ibu dan ayah adik chumil, saya pinjam ye...Adik, nanti besar semoga jadi anak yang solehah lagi pandai ye...
                  Tak! Ko bayangkanlah aku camni......................................

                          
                             Pakai baju kepak kelawar? Tak ke perasaan macam ko tengok cite SAW?

                              Ehhhhh!Ehhh! Aku sebenarnya sempat mengeluh setelah menyedari masalah lampu berkelip bukan berpunca dari starter! Tetiba aku rasa tangga bergoyang. Benda ni berlaku sekelip mata je beb! Sedar-sedar aku dah kat atas lantai dan terlihat tangan aku terpeleot dan badan aku tersembab ke lantai. Sakit!



                                 Macam tu lah kisahnya. Huhu. Apa-apa pun, lampu still rosak and tangan aku pun bersimen. Emm.Doakan aku cepat sembuh ye!Huhu....

Elbow Dislocation Tak Sama Dengan Tulang Yang Patah (Part 2)

                               Hi semua!!!!Assalamualaikum....Waaaahhh!!!Inikah?Inikah Yang dinamakan ketagihan?Aku ketagih wehhh tulis blog...Dua hari nia ku rindu tau!Macam bercinta pulakkan....

                    Aku dah janjikan nak cerita pasal Elbow Dislocation aku kan. 
                              
                   Lepas aku dah letak ice pada tempat yang sakit tu, aku duduk terlantar dekat sofa ruang tamu. Sakit tu aku tahankan je. Aku call Encik Panjang, aku bagitahu yang tulang aku patah. Aku bukan saje-saje bagi dia cemas kata yang tulang aku patah walaupun sebenarnya cuma Bone Dislocation. Aku memang ingat tulang aku patah beb. Maklumlah nampak 'tulang terkeluar'.

                                                       Ehsan GOOGLE

                                Encik Panjang kate dia sampai akan sampai dalam lebih kurang setengah jam lagi. Aduhaiiii...Lamanya...Aku tekan pada tulang lengan aku. Sakittttt....Aku dah menangis dah waktu tu. Aku rasa dunia dah berakhir dah. Macam-macam aku fikir. Dalam waktu yang sama aku fikir pasal kerja aku, masa depan aku, perkahwinan aku....aahhhh...Semua aku fikir dah berakhi akibat tulang yang patah ni. Dalam pada aku fikir macam-macam aku rasa mengantuk sangat. Macam pitam, macam letih and kepala berat sangat. Dan aku hampir tertidur....................


                                                        GOOGLE lagi


                                  Ahhh....Tak mau!Tak mau tido!!!Dulu, aku pernah dengar orang kata, if kepala terhentak, if terasa nak pengsan, jangan layankan dan cepat-cepatkan sedarkan diri. Aku tak tahu, sejauh mana kebenaran tapi ada jugak logikkan....Daripada pengsan, baik sedarkan dirikan? Kepala aku sempat aku hold dengan bahu aku and that is why mungkin lengan aku tak mampu nak bertahan. Tapi kepala aku still terasa cam gegar and berpinar.
                      Mujur housemate aku balik tak lama dan lepas tu Encik Panjang aku sampai. Aku ke hospital terus ke emergency department. Mak oiiiii!!!!. Waktu tu pukul 10 malam kot tapi ramainya orang kat Emergency Department waktu tu. Lama gak lah menunggu yang mana dekat pukul 12 baru dapat jumpe doktor. Nak buat camnekan...Maklumlah bukan hospital private. Paham-pahamlah.
                      Tak kisahlah. Yang penting waktu aku memang ingat aku dah patah tulang Bersyukur sangat-sangat bile doktor kate tulang aku tak patah or fracture. Housemate aku pun kate mungkin tulang aku tak patah sebab if tulang patah, memang dah terasa longlailah. Tapi doktor yang check aku kat Emergency Department at first pun tak dapat detect yang aku Bone Dislocation, cume lepas a week follow up dengan Orto, baru diaorang kate aku ade masalah Bone Dislocation.


                        
Aku berterima kasih sangat pada Husna and Encik Panjang yang temankan aku sepanjang aku kat hospital. Tak pelah..Aku dah bersyukur sangat tulang aku tak patah.Huhu...Senyum sikit...

                                             
                                Ok!!Doakan aku cepat sembuh ye!Hihi!