Tuesday 23 August 2016

Lama tak menulis blog. Rindu.


Hai semua. Lama tak menjengah blog. Maklumlah hidup lepas kawen ni busynya ditempat lain dan benda lain. Banyak nak update sebenarnya especially those yang mintak tips untuk kulit berjerawat.Tak sangka dah bertahun dan bersawang blog ni still ade yg tanya pasal tips jerawat. Insya allah tak ade aral melintang kite menulis lagi.muuuuuuahhhhh

Nah gmbr buat sape yang rindu.kih2.


Hai uolsssss.Umor kite dah 30 dah pooonnnn. Tahun buat blog ni umur baru 26 tahun. Cepatnya masa berlalu

Sunday 30 June 2013

Happy/Good Stress Moment - Giveaway by Cik Epal

Hi Assalamualaikum....

Aku baru nak tulis blog tetiba teringat dekat Cik Epal.
Cik Epal?....
..Alohhh blogger terkenal lagi chumil tu...cakap macam kenal sangat dengan Cik Epal katanya...
Aku memang silent follower dia sejak dari zaman dia comeyyyy kuasa dua sampai la chumil kuasa satu.....
Errr..jangan marah na...Cik Epal memang chumil...kih!kih!kih!
One of the reason kenapa aku nak berblog adalah sebab inspired by cerita-cerita yang dia sampaikan....
Kalau perasan cara penyampaiannya adalah bersahaja. Lawak pulak tu. Memang berdekahlah bila baca blog dia. Positif di situ. Sampai aku macam nak tanya dia " Cik Epal, hang ni memang dilahirkan dok nak bergelak saja ka?
Tapi...tak pernahnya aku terserempak dengan Cik Epal bila tengok wayang. Maklumlah...aku ni pong kaki wayang. (Errr..aku rasa Cik Epal ni kuat tengok wayang macam aku masa zaman blaja dolu...kih!kih!kih!)
Jangan mara ye Cik Epal ^_^
Tengah baca, tetiba aku terbaca entry and gateway dia pasal Happy/ Good Stress Moment....

Definasi bagi subjek diatas yang aku rasa dekat dengan aku adalah Tekanan Yang Membawa Kesan Positif terhadap diri. Sebab itulah tekanan tersebut membawa feeling gud-gud pada

Well..Kalau cakap pasal benda ni..Aku rasa setiap orang ada masa "Tertekan/Tekanan" mereka sendiri.

Kalau ikut kisah aku, ada dua benda yang membawa 2 impak besar dalam hidup aku. Ada banyak sebenarnya..tapi paling penting dua benda ni. Salah satunya adalah waktu aku mengalami Bone Dislocation. Awal tahun hari tu.

Waktu aku dapat tahu aku memang kena MC dan tak boleh datang kerja, aku memang stress sangat-sangat sebab aku memang sangat+berharap+nak amat convert as permenant staff. Maklumlah...permenant staff dapat enjoy all benefit (katanya.....) dan paling penting dapat cuti kahwin 5 hari.hehehe..gataiiii....Err!!Merepek gile Happy Stress Moment aku weh!!!
Tunggu dulu!
Tapi aku rasa hepi wehhh sebab kalau tak kerana cuti panjang tuh..tak adalah blog ni. Aku ni sebenarnya dah terlalu lama nak ada blog tapi niat tu tak pernah kesampaian sebab mind set aku kata buat blog ni renyih.Sejak dari zaman aku kolej nak ada blog tapi tak buat-buat sampai la hari Peristiwa Dalam Sejarah itu berlaku....Waktu aku dok terperap sesorang dalam rumah akibat Bone Dislocate, tu lah aku belajar buat blog. Waktu tu jakun pun iya jugak. Antara entry merepek pasal blog adalah sini.
Selain sudah ada blog, aku belajar untuk terima kekurangan diri dan cuba meletakkan diri aku pada orang yang lebih teruk keadaannya. Macam orang cacat kekal contohnya. Kesannya aku lebih positif dan jadi insan yang lebih bersyukur. Kurang jugak potpetpotpet akibat dulu selalu je ada benda tak kena dan nak komplen!Mak Temah sangat!


Benda lain selain daripada tu, berkenaan muka aku yang berjerawat.Kalau tengok dan baca entry lepas pasal muka berjerawat, aku masih nak klasifikasikan ia sebagai Happy Stress Moment aku walaupun hakikatnya sepanjang waktu itu aku cume rasa frustated!geram!Bengang!---->Bad Stress Moment kalau ikutkan rasanya.


 Cube tengok bekas jerawat pulak
Tapi..saya tahu Allah tak akan uji hamba-hambanya sekiranya mereka tidak mampu.
Ehhhh...Tetibe saya pulakkan!
Sepanjang ini apa yang aku tahu, aku belajar bersyukur, belajar terima diri seadanya. Paling percaya, memakai produk mahal tak semestinya bagus untuk kulit aku. Dan paling penting belajar untuk sentiasa positif dan sentiasa ceria!Aku juga belajar macam mana nak mengetahui dan mengenali produk yang aku gunakan adakah ianya produk yang bagus atau tidak untuk kulit aku. Nanti bila ada masa aku share dengan korang!Oklah!! dah ngantuk! Mengarang panjang-panjang macam lah Cik Epal baca blog picisan aku ni!



P/S : Gambar adalah hak privasi penulis. Tidak dibenarkan copy paste untuk sebarang urusan yang melibatkan keuntungan.Thanks!











Monday 24 June 2013

Pre-wedding photoshoot budget - Snote je Weh!

Hi!!

Assalamualaikum!!!
Ada yang rindu aku kan?Kih!kih!Aku pun rindu korang!
Tak sampai dua bulan lagi majlis aku. Sibuklah dengan wedding prepkan.
Dugaan nak berkahwin ni macam-macamkan? Aku rasa bukan aku sorang rasa, semua B2B rasa apa yang aku rasa. Sungguh exhausted! Dari segi perasaan dan emosi.
Yang dirancang kadang-kadang tak menjadi. Tak mengikut apa yang dirancang.ArgggHHH..
Semua bikin stresss!!
Pernah sekali aku dan En Panjang berpakat nak pegi kursus kawen same2 tapi bila dia nak masuk, akibat kelewatan mencari spare part kereta, dia dan kawan-kawan tak dibenarkan masuk.
Aku?
Dah selamat masuk dalam dewan kuliah....tanpa aku tahu dia tak dapat masuk dewan kuliah....tetiba aku dapat watsupp.
" Sayang...orang tak dapat masuk!"
"Hah?Habis tu?" Aku dah gabra. Sambil aku send icon mimik muka sedih.
" Habis tu apa?Orang terpaksalah cari orang lain?"
" Carik orang? NAPE PULOK?" Ieeeeee....aku memang pantang bila sebut orang lain, orang lain nih.
Cemburu...haruslah tandanya sayangkan?
Ohhh..siap Capslockkan!Haha!
" Errr...maksud orang cari kuliah waktu dan tempat lain", Dia balas. Aku kembali tenang, setenang angin sepoi-sepoi bahasa.
Pulanglah dia dengan harapan kosong....kosong..kosongggg....
Dah lah dia susah nak dapat cuti weekends. Nak buat camnekan?
Itu antara dugaannya.

Nak dijadikan cerita. Kerana tak mahu menunggu lama keputusan dan beratur dan bertemu-janji untuk test HIV, aku dan dia pakat - pakat nak balik kampung dia di Felda Soeharto.Sebab ramai orang kata, Hospital di KL dan selangor adalah kebanyakan penuh dengan temujanji untuk buat HIV test untuk pra perkahwinan tak masuk lagi yang buat test darah, air kencing dan macam-macam lagilah.Aku tak tahu, tapi dengar kawan-kawan Encik Panjang kata macam tu.Balik je lah kampung, boleh jumpe nenek and atuk Encik Panjang!

Kerana pulang agak lewat dan menghampiri bulan-bulan umat manusia mengakhiri zaman bujang, HIV kit kehabisan. Argghhhh!!Bila lagi nak dapat cuti sama ni!Itu je lah yang aku fikir!

Melepaklah aku sekejap dekat rumah atuk. Kebetulan rumah atuk and nenek dia under construction, aku teringatkan gambar waktu buat kad kahwin, ada couple amek gambar background batu-bata.

Jadi, terhasillah gambar-gambar ini....Woooootttt...wooooottttttt!!!Yeahhh!Kami geng bob the builder!







Gambar last nih, spoil betul beg dekat tepi tu!Gambar lain, dia plak spoil sebab nampak rokok!

Aku tak adalah nak buat sangat pre-wedding photoshoot sebab memang tak allocate duit pun. Muka pun masing-masing dah bacin sebab kepanasan yang amat sangat hari itu. Ketis pun dah masyemmm. Nasib baik balik tu mandi dengan Sabun Marine Essence (iklan pulokkkk).

Mula-mula amik gambar suka-suka. Ntah kenapa aku tetiba rasa pemandangan batu bata ni cantik. Pic ni pun raw tak edit langsung dengan instagram. Yang dalam FB lain tu memang edit dengan instag. Yeahhh. Yang amik gambar pulaknya sepupu Encik Panjang. Baru form 1. Budak-budak zaman sekarang.....Haihhhhh..advance sangatkan!

Thanks Wani!!

Nihh lah wani. Comeyy budaknya.Siapa-siapa nak hire dia amek gambar boleh je. Hihihi. Upah aiskrim je katanya. Hikhikhik!

Kak Dayana doakan Wani boleh jadi photographer profesional macam Annaseaskey. Aminnnnn.Huhu. Maklumlah melentur buluh biarlah dari rebungnya.Huhuhu.

Nah..iklan lagi....

Thanks sudi baca!!Doakan jodoh kami panjang tau!

Tuesday 18 June 2013

Jawapan kepada Nick SkullNick - Bone Dislocate

Hi Assalamualaikum semua...

Aku bukak blog,dan fikirnya nak update blog pasal cerita Bride to Be preparation.

Check komen, dan aku terima ini.Maaf la Nik. Kelewatan sedikit. Harap kamu ngerti, gua ini sibuk bangat akhir-akhir ini.

Kepada Nik,

Aku menghadapi masalah yang sama dengan kamu Nik. Selepas dua minggu simen dan balutan tangan aku dibuka, aku tidak bisa meluruskan tangan aku 100% sehingga kini. Ya. Sehingga kini.
Selepas 2 minggu peristiwa itu, elbow aku juga membengkak agak teruk sehingga aku perlu berjumpa doktor semula.Doktor yang merawat aku memberikan aku ubat surut bengkak dan aku sendiri menjangkakan ianya adalah perkara normal untuk proses pemulihan.
Tak lama itu alhamdulillah bengkak kian surut.
Bercakap mengenai tangan yang tak boleh diluruskan, aku menjalani Fisioterapi dan Berurut.
Sesetengah orang tidak boleh menerima kaedah berurut kerana dikhuatiri akan menjadikan keadaan lebih teruk, jadi disarankan menemui dukun/tukung urut yang berkaliber lagi saksama.Dua minggu sekali aku akan ke rumah urut untuk urutan. Urutannya bagus sekali dong!
Mengenai fisioterapi, aku melakukannya sendiri di rumah, dan di dalam kereta ketika jammed (macet rasanya dalam bahasa kamu). Dua minggu sekali aku akan ke hospital bertemu Terapist.
Langkah-langkah fisioterapi yang aku lakukan adalah seperti berikut :


Seelok-eloknya rendam 'anggota kejadian' dengan air suam-suam kuku sebelum melakukan fisioterapi. Terapist bilang, ianya bisa melembutkan lagi otot. Lapikkan towel pada siku dan pegang dumbbell. Biarkan dumbbell jatuh mengikut kemampuan regangan yang dihasilkan. Berat dumbell janganlah terlalu ringan dan janganlah terlalu berat sehingga menyeksa otot. Sesedap rasa katanya.

Kalau boleh lakukan hampir setiap hari, setiap satu jam, lakukan lima ke sepuluh minit. Kamu akan nampak bedanya Nik. Ohhh yaaa...kalau boleh elakkan kawasan sejuk berair-cond terlalu kuat kerana ia akan membuatkan tulang kamu sengal-sengal dan mudah kebas kerana angin kus-kus.Tak pun, kamu sendiri menjadi sengal!Itu bahaya dong!

Alhamdulillah, berkat kerajinan aku...cehhhh...aku hampir pulih walaupun tidak 100%. Itu lebih baik daripada cacatkan?

Oh Nik, itu saja dari aku, Harapnya jawapan ini membantu kamu. Semoga sentiasa positif dan suksess selalu ya!Keep in touch ya Nik!

Ohh ya, aku perkenalkan korset ini kepada kamu.Bagus bangat dong korset ini!Kihkihkih!

Ok, perkenalkan saya....hihihihihihihihi....




p/s : aku tulis ni pun berbelit tangan..Belum lagi berkata-kata.Kih!kih!kih!

XOXO. Thanks sudi baca!

Saturday 8 June 2013

Kerepek yang Merepek!

Assalamualaikum....

Aku tak boleh tido. Esok kena keje pukul 9.30 pagi. Eiii..Bukan 8.30 pagi la....Kena OT. Tak pe..nasib baik aku suke kerja aku. Sungguh. Aku tak bohong.
Tak boleh tido, jadi aku update blog.
So..sebelum tu..........
Ada yang rindu tak?

*krik!krik!

Jangan tipu!Aku nampak...teeet.....

Oklah.Teruskan kepada topik. Aku tak nak bincang pasal jerawat kali ni. Jerawat pun still ada jugak yang tumbuh dua tiga ketul. Jangan risau. Hormon memang begitu. Mereka hanya menjalankan tangungjawab.

Cerita pasal jerawat nanti aku sambung. Tengah buat draf ni.Macam aku kata, bukan boleh buat main-main nih. Nah...bagi tgk sket. Ntah ko paham ye tidak.Buat-buat jelah paham.




TIPS MERENDAM BAJU MELEBIHI 24JAM TANPA BAU BUSUK

Haha. Memang sangat merepekkan aku? Tetibekan... Yang nak teruskan pembacaan boleh teruskan...Yang tak nak, boleh sambung tido. 

Balik keje, aku terus pergi kelas business, sampai rumah aku tengok baju yang aku rendam pagi tadi still terendam. Aku tepuk dahi. L.U.P.A SANGAT!Inilah akibat apabila tak buat WHAT-TO-DO-LIST.well...rumah aku mesin basuh dah bertahun rosak dan memandangkan aku ni rajin dan suka basuh baju sendiri aku tak kisah. Tapi..nilah akibatnya. Basuh baju sendiri, time managementnya pulak macam manakan....

Aku perkenalkan.....Tara!!!!



Aku memang jual sabun, tapi aku tak jual sabun ni. Hahaha!Pegi jelah mana-mana shopping complex, confirm jumpe! Saje bagitau.

Bila aku nak rendam baju, aku campur sikit/tuang sepenutup dengan sabun ni. Kalau terendam lama, tak berbau teruk macam guna serbuk sabun biasa. walaupun lebih 24 jam. Dengan syarat, air rendaman bila kau dah buang, lepas tu ganti dengan sabun ni dan kali ni boleh campur dengan mana-mana sabun serbuk yang kau nak. Lepaih tu sental baju macam biasa. Last skali bilas baju-bajuan hingga bersih!

Pengalaman aku,if guna sabun biasa/serbuk dan rendam semalaman, bila basuh balik, tanpa tambah sabun cecair ekonomi handalan, bau busuk tu kadang-kadang still busyukkkkk.Terbawak-bawak bila dah kering.

Aku tak berapa suka campur pewangi/pelembut softlan/downy/ava untuk rendaman. Aku rasa macam bau susu dutch lady stroberi pulak. Kaler pun ala2 susu gitu.

Aku memang merepek.

Sabun  cecair ekonomi handalan, aku suke yang warna biru. Sebab bau dia SUPER fresh!

Sepenutup/setengah pun dah cukup nak bagi wangi. Maaflah, pewangi yang macam aku kata di atas memang tak masuk dengan hidung aku sangat, sebab aku memang suke bau yang macam sabun, minyak cap kapak, tak pun febreze. Hahaha!

Hah! Alang-alang cakap pasal sabun ni kan. Sape nak beli sabun marine essence! Bagitau aku cepat! Tinggal 3 kotak je ni out of 20 kotak aku beli. Memang sabun tengah hot selling. Kate stokis tadi, mungkin lagi 2 bulan baru stok baru sampai.Aku sendiri simpan 2 kotak untuk aku sendiri.

Oklah bye! Nak buat2 tido!

Salam.XOXO!