Hi Assalamualaikum semua...
Aku bukak blog,dan fikirnya nak update blog pasal cerita Bride to Be preparation.
Check komen, dan aku terima ini.Maaf la Nik. Kelewatan sedikit. Harap kamu ngerti, gua ini sibuk bangat akhir-akhir ini.
Kepada Nik,
Aku menghadapi masalah yang sama dengan kamu Nik. Selepas dua minggu simen dan balutan tangan aku dibuka, aku tidak bisa meluruskan tangan aku 100% sehingga kini. Ya. Sehingga kini.
Selepas 2 minggu peristiwa itu, elbow aku juga membengkak agak teruk sehingga aku perlu berjumpa doktor semula.Doktor yang merawat aku memberikan aku ubat surut bengkak dan aku sendiri menjangkakan ianya adalah perkara normal untuk proses pemulihan.
Tak lama itu alhamdulillah bengkak kian surut.
Bercakap mengenai tangan yang tak boleh diluruskan, aku menjalani Fisioterapi dan Berurut.
Sesetengah orang tidak boleh menerima kaedah berurut kerana dikhuatiri akan menjadikan keadaan lebih teruk, jadi disarankan menemui dukun/tukung urut yang berkaliber lagi saksama.Dua minggu sekali aku akan ke rumah urut untuk urutan. Urutannya bagus sekali dong!
Mengenai fisioterapi, aku melakukannya sendiri di rumah, dan di dalam kereta ketika jammed (macet rasanya dalam bahasa kamu). Dua minggu sekali aku akan ke hospital bertemu Terapist.
Langkah-langkah fisioterapi yang aku lakukan adalah seperti berikut :
Seelok-eloknya rendam 'anggota kejadian' dengan air suam-suam kuku sebelum melakukan fisioterapi. Terapist bilang, ianya bisa melembutkan lagi otot. Lapikkan towel pada siku dan pegang dumbbell. Biarkan dumbbell jatuh mengikut kemampuan regangan yang dihasilkan. Berat dumbell janganlah terlalu ringan dan janganlah terlalu berat sehingga menyeksa otot. Sesedap rasa katanya.
Kalau boleh lakukan hampir setiap hari, setiap satu jam, lakukan lima ke sepuluh minit. Kamu akan nampak bedanya Nik. Ohhh yaaa...kalau boleh elakkan kawasan sejuk berair-cond terlalu kuat kerana ia akan membuatkan tulang kamu sengal-sengal dan mudah kebas kerana angin kus-kus.Tak pun, kamu sendiri menjadi sengal!Itu bahaya dong!
Alhamdulillah, berkat kerajinan aku...cehhhh...aku hampir pulih walaupun tidak 100%. Itu lebih baik daripada cacatkan?
Oh Nik, itu saja dari aku, Harapnya jawapan ini membantu kamu. Semoga sentiasa positif dan suksess selalu ya!Keep in touch ya Nik!
Ohh ya, aku perkenalkan korset ini kepada kamu.Bagus bangat dong korset ini!Kihkihkih!
Ok, perkenalkan saya....hihihihihihihihi....
p/s : aku tulis ni pun berbelit tangan..Belum lagi berkata-kata.Kih!kih!kih!
XOXO. Thanks sudi baca!
No comments:
Post a Comment