Sunday, 30 June 2013

Happy/Good Stress Moment - Giveaway by Cik Epal

Hi Assalamualaikum....

Aku baru nak tulis blog tetiba teringat dekat Cik Epal.
Cik Epal?....
..Alohhh blogger terkenal lagi chumil tu...cakap macam kenal sangat dengan Cik Epal katanya...
Aku memang silent follower dia sejak dari zaman dia comeyyyy kuasa dua sampai la chumil kuasa satu.....
Errr..jangan marah na...Cik Epal memang chumil...kih!kih!kih!
One of the reason kenapa aku nak berblog adalah sebab inspired by cerita-cerita yang dia sampaikan....
Kalau perasan cara penyampaiannya adalah bersahaja. Lawak pulak tu. Memang berdekahlah bila baca blog dia. Positif di situ. Sampai aku macam nak tanya dia " Cik Epal, hang ni memang dilahirkan dok nak bergelak saja ka?
Tapi...tak pernahnya aku terserempak dengan Cik Epal bila tengok wayang. Maklumlah...aku ni pong kaki wayang. (Errr..aku rasa Cik Epal ni kuat tengok wayang macam aku masa zaman blaja dolu...kih!kih!kih!)
Jangan mara ye Cik Epal ^_^
Tengah baca, tetiba aku terbaca entry and gateway dia pasal Happy/ Good Stress Moment....

Definasi bagi subjek diatas yang aku rasa dekat dengan aku adalah Tekanan Yang Membawa Kesan Positif terhadap diri. Sebab itulah tekanan tersebut membawa feeling gud-gud pada

Well..Kalau cakap pasal benda ni..Aku rasa setiap orang ada masa "Tertekan/Tekanan" mereka sendiri.

Kalau ikut kisah aku, ada dua benda yang membawa 2 impak besar dalam hidup aku. Ada banyak sebenarnya..tapi paling penting dua benda ni. Salah satunya adalah waktu aku mengalami Bone Dislocation. Awal tahun hari tu.

Waktu aku dapat tahu aku memang kena MC dan tak boleh datang kerja, aku memang stress sangat-sangat sebab aku memang sangat+berharap+nak amat convert as permenant staff. Maklumlah...permenant staff dapat enjoy all benefit (katanya.....) dan paling penting dapat cuti kahwin 5 hari.hehehe..gataiiii....Err!!Merepek gile Happy Stress Moment aku weh!!!
Tunggu dulu!
Tapi aku rasa hepi wehhh sebab kalau tak kerana cuti panjang tuh..tak adalah blog ni. Aku ni sebenarnya dah terlalu lama nak ada blog tapi niat tu tak pernah kesampaian sebab mind set aku kata buat blog ni renyih.Sejak dari zaman aku kolej nak ada blog tapi tak buat-buat sampai la hari Peristiwa Dalam Sejarah itu berlaku....Waktu aku dok terperap sesorang dalam rumah akibat Bone Dislocate, tu lah aku belajar buat blog. Waktu tu jakun pun iya jugak. Antara entry merepek pasal blog adalah sini.
Selain sudah ada blog, aku belajar untuk terima kekurangan diri dan cuba meletakkan diri aku pada orang yang lebih teruk keadaannya. Macam orang cacat kekal contohnya. Kesannya aku lebih positif dan jadi insan yang lebih bersyukur. Kurang jugak potpetpotpet akibat dulu selalu je ada benda tak kena dan nak komplen!Mak Temah sangat!


Benda lain selain daripada tu, berkenaan muka aku yang berjerawat.Kalau tengok dan baca entry lepas pasal muka berjerawat, aku masih nak klasifikasikan ia sebagai Happy Stress Moment aku walaupun hakikatnya sepanjang waktu itu aku cume rasa frustated!geram!Bengang!---->Bad Stress Moment kalau ikutkan rasanya.


 Cube tengok bekas jerawat pulak
Tapi..saya tahu Allah tak akan uji hamba-hambanya sekiranya mereka tidak mampu.
Ehhhh...Tetibe saya pulakkan!
Sepanjang ini apa yang aku tahu, aku belajar bersyukur, belajar terima diri seadanya. Paling percaya, memakai produk mahal tak semestinya bagus untuk kulit aku. Dan paling penting belajar untuk sentiasa positif dan sentiasa ceria!Aku juga belajar macam mana nak mengetahui dan mengenali produk yang aku gunakan adakah ianya produk yang bagus atau tidak untuk kulit aku. Nanti bila ada masa aku share dengan korang!Oklah!! dah ngantuk! Mengarang panjang-panjang macam lah Cik Epal baca blog picisan aku ni!



P/S : Gambar adalah hak privasi penulis. Tidak dibenarkan copy paste untuk sebarang urusan yang melibatkan keuntungan.Thanks!











1 comment:

  1. Good stress moment sebab bila stress tu akan membawa kita jadi lebih baik betul tak. Kan kan. Semua orang ada good stress moment ni, asalkan mahu berfikir secara positif dan cari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi..

    Enjoy ur reading :)

    ReplyDelete