Monday, 24 June 2013

Pre-wedding photoshoot budget - Snote je Weh!

Hi!!

Assalamualaikum!!!
Ada yang rindu aku kan?Kih!kih!Aku pun rindu korang!
Tak sampai dua bulan lagi majlis aku. Sibuklah dengan wedding prepkan.
Dugaan nak berkahwin ni macam-macamkan? Aku rasa bukan aku sorang rasa, semua B2B rasa apa yang aku rasa. Sungguh exhausted! Dari segi perasaan dan emosi.
Yang dirancang kadang-kadang tak menjadi. Tak mengikut apa yang dirancang.ArgggHHH..
Semua bikin stresss!!
Pernah sekali aku dan En Panjang berpakat nak pegi kursus kawen same2 tapi bila dia nak masuk, akibat kelewatan mencari spare part kereta, dia dan kawan-kawan tak dibenarkan masuk.
Aku?
Dah selamat masuk dalam dewan kuliah....tanpa aku tahu dia tak dapat masuk dewan kuliah....tetiba aku dapat watsupp.
" Sayang...orang tak dapat masuk!"
"Hah?Habis tu?" Aku dah gabra. Sambil aku send icon mimik muka sedih.
" Habis tu apa?Orang terpaksalah cari orang lain?"
" Carik orang? NAPE PULOK?" Ieeeeee....aku memang pantang bila sebut orang lain, orang lain nih.
Cemburu...haruslah tandanya sayangkan?
Ohhh..siap Capslockkan!Haha!
" Errr...maksud orang cari kuliah waktu dan tempat lain", Dia balas. Aku kembali tenang, setenang angin sepoi-sepoi bahasa.
Pulanglah dia dengan harapan kosong....kosong..kosongggg....
Dah lah dia susah nak dapat cuti weekends. Nak buat camnekan?
Itu antara dugaannya.

Nak dijadikan cerita. Kerana tak mahu menunggu lama keputusan dan beratur dan bertemu-janji untuk test HIV, aku dan dia pakat - pakat nak balik kampung dia di Felda Soeharto.Sebab ramai orang kata, Hospital di KL dan selangor adalah kebanyakan penuh dengan temujanji untuk buat HIV test untuk pra perkahwinan tak masuk lagi yang buat test darah, air kencing dan macam-macam lagilah.Aku tak tahu, tapi dengar kawan-kawan Encik Panjang kata macam tu.Balik je lah kampung, boleh jumpe nenek and atuk Encik Panjang!

Kerana pulang agak lewat dan menghampiri bulan-bulan umat manusia mengakhiri zaman bujang, HIV kit kehabisan. Argghhhh!!Bila lagi nak dapat cuti sama ni!Itu je lah yang aku fikir!

Melepaklah aku sekejap dekat rumah atuk. Kebetulan rumah atuk and nenek dia under construction, aku teringatkan gambar waktu buat kad kahwin, ada couple amek gambar background batu-bata.

Jadi, terhasillah gambar-gambar ini....Woooootttt...wooooottttttt!!!Yeahhh!Kami geng bob the builder!







Gambar last nih, spoil betul beg dekat tepi tu!Gambar lain, dia plak spoil sebab nampak rokok!

Aku tak adalah nak buat sangat pre-wedding photoshoot sebab memang tak allocate duit pun. Muka pun masing-masing dah bacin sebab kepanasan yang amat sangat hari itu. Ketis pun dah masyemmm. Nasib baik balik tu mandi dengan Sabun Marine Essence (iklan pulokkkk).

Mula-mula amik gambar suka-suka. Ntah kenapa aku tetiba rasa pemandangan batu bata ni cantik. Pic ni pun raw tak edit langsung dengan instagram. Yang dalam FB lain tu memang edit dengan instag. Yeahhh. Yang amik gambar pulaknya sepupu Encik Panjang. Baru form 1. Budak-budak zaman sekarang.....Haihhhhh..advance sangatkan!

Thanks Wani!!

Nihh lah wani. Comeyy budaknya.Siapa-siapa nak hire dia amek gambar boleh je. Hihihi. Upah aiskrim je katanya. Hikhikhik!

Kak Dayana doakan Wani boleh jadi photographer profesional macam Annaseaskey. Aminnnnn.Huhu. Maklumlah melentur buluh biarlah dari rebungnya.Huhuhu.

Nah..iklan lagi....

Thanks sudi baca!!Doakan jodoh kami panjang tau!

No comments:

Post a Comment