Wednesday, 1 May 2013

Inilah Kehidupan yang Tak Ada Masa katanya


Demi masa,
sesungguhnya manusia dalam kerugian....

Assalamualaikum.....

Ada sesiapa rindu aku?

krik...krik...

Aku tak adalah busy mana pun.Balik kerja lepak dulu dengan kawan-kawan sampai jammed reda atau banjir surut dulu. Ada je masa sebenarnya.Cuma aku tak suka jammed. Ini kisah cuti aku.Kisah benar tiada yang bohong belaka.

23 Mac

Keluarga Encik Panjang datang rumah tetap kan tarikh majlis. Penat?Haruslah...24 Mac tu aku kerja pagi kot. Kawan aku kata Pontian tu dah macam sebelah PJ dibuatnya aku. Nak buat macam manakan?22 Mac lepas kerja balik pukul 11malam. Esok bas balik Shah Alam 8.30 malam.Esok aku kerja pagi masuk pukul 8. Terbaik. Sibukkan aku?

2 April

Jumpe senior aku. Beli sabun jerawat badan.Maklumlah nak kahwin. Bukan muka je nak cantik. Paham sajalah, kalau dah cuti, mesti melantak tido qadak yang lepas-lepas. Lepas tu aku straight kerja sampai 12 April. Tak cuti sebab OT tak cukup headcount. Sibuk sangat * roll eye*

13 and 14 April

Baru cuti. Ye sila gosok mata. Kursus kahwin. Encik Panjang tak dibenarkan masuk sebab dah cukup kuota. Errr...bukan kuota kawen lagi tau. Kalau sebut kawen lagi dia senyum sampai telinga. Aku balas jelingan tajam menusuk kalbu. Ye, busy.

20 dan 21 April
Kenduri kahwin saudara Encik Panjang. Aku pulak buat-buat sibuk.



Amek berkat katanya.Berat badan tak turun lagi.Naik lagi sekilo jadi 66kg. Pakai kebaya waktu selim melim lupa yang berat badan dah naik. Sebab tu warna shawl dah sangat tak match dengan baju. Sebab baju pinjam dari Bik Ina. Terima kasih selamatkan saya. Tak sanggup tahan nafas sebab cover perooot buncit. Arghhhhh!

27 dan 28 Mac
Balik kampung. Adik beradik berkumpul. Tak pernah cukup lima budak hitam sebelum ni.

Waktu cuti aku memang ada je program akhir-akhir. Tak ada program, headcount tak cukup sibukkan diri mencari rezeki yang halal.Cehhhh. Ini kehidupan. Aku berangan nak buat business online kerana permintaan ramai sebab entry aku yang lepas pasal jerawat muka yang teruk. Tanya-aku-pakai-produk-apa-muka-jadi-better-padahal-tak-buat-lagi-gambar-sebelum-dan-selepas.

Aku ada je masa macam waktu selepas ofis tapi dek jammed dan aku tak suka jammed so aku dok stay ofis sampai dah agak reda baru aku gerak pulang. Balik rumah nak layan suami...anak..dan..ehhh..belum lagi...

Buat aku terfikir, macam manalah nanti hidup lepas berumah tangga ya?

Hidup ni kadang-kadang macam lagi senang cari alasankan?Aku cume perli diri sendiri bukan kau orang. Siapa terasa dia penyebuk. Huh!

Macam aku kata,
Aku tak adalah busy mana pun.Balik kerja lepak dulu dengan kawan-kawan sampai jammed reda atau banjir surut dulu. Ada je masa sebenarnya.Cuma aku tak suka jammed.




ingat lima perkara...
sebelum lima perkara...
sihat sebelum sakit...
muda sebelum tua...
kaya sebelum miskin...
lapang sebelum sempit...
hidup sebelum mati...


Krik..krik!



No comments:

Post a Comment