Friday, 31 May 2013

Mencari Barakah - Kepada siapa yang rindu aku...hihihi

Haiiiiiii,

Assalamualaikumm?
Rindu tak?Rindu tak?
Tak mau bunyi krik!krik dah!

Sebab.....hihi...
Terkejut OK!terkejut!
Tengok Stats mencanak naik Gile Hell Horror!Thanks sebab sudi singgah blog teman.

Aku post blog aku dekat FB sebelum ke Bandung pastu baru la ni la nak bukak.
Rindu OK!

Aku tak sempat nak update panjang ni...cume aku nak repost balik status yang pernah aku tulis sebelum ni. Malam yang aku tak boleh tido..

Terimalah...MENCARI BARAKAH....pada yang belum membaca....

Pemikiran tengah malam...
Yang menghampiri dingin subuh....
Mata yang terkelip-kelip tak mahu lelap.....
Pejam rapat....
Jasadnya di sini fikirannya jauh di sana.....
Walhal esoknya seawal tujuh pagi di sana...
Pakainya yang mana,sarapannya apa, parkirnya berapa,
Sibuknya la hai si pencari duit....
Memenuhi kehendak melebihi keperluan,
Malah mungkin lebih,
Desakan hati yang membawa mati,
Terkadang lupa pencarian barakah,
Susahnya la hai bila hati ini bukan lagi berpaksikan iman,
Rakus bunyinya,
Goyahnya,
Mata...lelaplah sebentar....lupakan cerita duit yang dicari...
Kerana rezeki itu pasti datang...
Bila barakah mendahului...
-dayanafarhana270513-

Ada gaya A.Samad Said tak? Melampaulahkan....
Oklah.Gudnite beb!

P/s : Ada orang tanya...ko terbangun tak terus tahajud ke?
...Errrrrkkk...*krik...*krik.....

BYE!muuuuahhh.....




Thursday, 2 May 2013

Ubat menghapuskan/menghilangkan jerawat - Roaccutane

Hai....Assalamualaikum.....

Ada sesiapa rindu aku?Ok..krik...krik (-_-). Ini adalah entry terperam lagi kepam.

Macam biasalah...Alasan tak update blog, busy. Tak adalah busy mana,cuma akhir-akhir ni aku tak larat nak tempuh jammed and hujan serta banjir.So stay office lama sket sbb tak mau tempoh benda-benda macam ni.Ok..panjang aku bebel sebab masih perasan ada orang rindu aku dekat dunia maya-padahal-sape-ntah-rindu-kau!

Bila aku bukak blog, first benda aku akan tengok adalah stats.Dan aku search entry enjin google search paling popular untuk entry terbaru adalah "Mana nak cari roacuatanne".

Roaccutane. Dari segi istilah perubatan, ubat ini adalah ubat terbaik dunia yang disarankan oleh pakar dermatologist dunia. Ianya digunakan untuk jerawat yang sangat teruk (severe acne) dan menunjukkan sehingga 60% pembaikpulihan (answers yahoo)

Cara roaccutanne berfungsi, ianya memberhentikan penghasilan kalenjar minyak di dalam badan yang menyebabkan jerawat (answer yahoo). Setakat yang aku tahu, hanya doktor pakar sahaja yang boleh prescribe ubat ni. Aku penah cuba minta doktor di klinik biasa bagi aku ubat tu sebab aku malas sangat nak drive keta pegi JB, doktor tu kata tak boleh sambil jerit dekat muka aku " Awak gila nak saya bagi awak makan ubat tu?" Lepas tu dia lempang aku laju-laju. Siapa percaya meh sini pulak aku lempang.Haha!Jangan marah, doktor kata ketawa itu baik untuk anda.

Jadi, kalau setakat jumpa physician biasa, korang cuma akan dapat doxycycline atau tetracycline je la jawabnya. Correct me if i'm worng.

                                                                     Ni ehsan google tau

Tadi aku google, macam boleh dapat through online je. Biar betul?Sebab waktu aku dulu, kena sign surat mengatakan yang tidak mengandung dan bersedia menanggung segala dosa nestapa akibat makan ubat ini. Boleh buat birth defect kot if makan waktu pregnant.

Kalau setakat jerawat kecik-kecik tu lupakan lah. Carilah alternatif.

Ini dari link ini ya,aku copy je. Perenggan pertama dari link itu,

Accutane is a powerful drug used in the treatment of acne. Four to five months of isotretinoin treatment usually leads to clearing of acne for one year or more after the medicine is stopped. Most other acne-controlling medicines are antibacterial agents, which are effective only if the medicine is used daily.


Aku nak highlight sedikit perenggan yang terakhir,

Most other acne-controlling medicines are antibacterial agents, which are effective only if the medicine is used daily.

Perenggan terakhir dari link  sama.

One patient STILL had problems six months after the drug was stopped.

Kerana aku merasakan, aku adalah the one itu...Fikir-fikirkan dan selamat beramal.....

                                             Ini pun lepas makan Roaccutanne selama 6 bulan!
                                                         Pehal ko nak tumbuh lagi hai jerawat?


Next entry aku update pasal produk yang aku pakai dan TEORI aku sendiri disebalik produk untuk jerawat.
Sabun jerawat badan pun aku dah jumpa beb. Aku cerita nanti ok!!!

Salam!XOXO






Wednesday, 1 May 2013

Inilah Kehidupan yang Tak Ada Masa katanya


Demi masa,
sesungguhnya manusia dalam kerugian....

Assalamualaikum.....

Ada sesiapa rindu aku?

krik...krik...

Aku tak adalah busy mana pun.Balik kerja lepak dulu dengan kawan-kawan sampai jammed reda atau banjir surut dulu. Ada je masa sebenarnya.Cuma aku tak suka jammed. Ini kisah cuti aku.Kisah benar tiada yang bohong belaka.

23 Mac

Keluarga Encik Panjang datang rumah tetap kan tarikh majlis. Penat?Haruslah...24 Mac tu aku kerja pagi kot. Kawan aku kata Pontian tu dah macam sebelah PJ dibuatnya aku. Nak buat macam manakan?22 Mac lepas kerja balik pukul 11malam. Esok bas balik Shah Alam 8.30 malam.Esok aku kerja pagi masuk pukul 8. Terbaik. Sibukkan aku?

2 April

Jumpe senior aku. Beli sabun jerawat badan.Maklumlah nak kahwin. Bukan muka je nak cantik. Paham sajalah, kalau dah cuti, mesti melantak tido qadak yang lepas-lepas. Lepas tu aku straight kerja sampai 12 April. Tak cuti sebab OT tak cukup headcount. Sibuk sangat * roll eye*

13 and 14 April

Baru cuti. Ye sila gosok mata. Kursus kahwin. Encik Panjang tak dibenarkan masuk sebab dah cukup kuota. Errr...bukan kuota kawen lagi tau. Kalau sebut kawen lagi dia senyum sampai telinga. Aku balas jelingan tajam menusuk kalbu. Ye, busy.

20 dan 21 April
Kenduri kahwin saudara Encik Panjang. Aku pulak buat-buat sibuk.



Amek berkat katanya.Berat badan tak turun lagi.Naik lagi sekilo jadi 66kg. Pakai kebaya waktu selim melim lupa yang berat badan dah naik. Sebab tu warna shawl dah sangat tak match dengan baju. Sebab baju pinjam dari Bik Ina. Terima kasih selamatkan saya. Tak sanggup tahan nafas sebab cover perooot buncit. Arghhhhh!

27 dan 28 Mac
Balik kampung. Adik beradik berkumpul. Tak pernah cukup lima budak hitam sebelum ni.

Waktu cuti aku memang ada je program akhir-akhir. Tak ada program, headcount tak cukup sibukkan diri mencari rezeki yang halal.Cehhhh. Ini kehidupan. Aku berangan nak buat business online kerana permintaan ramai sebab entry aku yang lepas pasal jerawat muka yang teruk. Tanya-aku-pakai-produk-apa-muka-jadi-better-padahal-tak-buat-lagi-gambar-sebelum-dan-selepas.

Aku ada je masa macam waktu selepas ofis tapi dek jammed dan aku tak suka jammed so aku dok stay ofis sampai dah agak reda baru aku gerak pulang. Balik rumah nak layan suami...anak..dan..ehhh..belum lagi...

Buat aku terfikir, macam manalah nanti hidup lepas berumah tangga ya?

Hidup ni kadang-kadang macam lagi senang cari alasankan?Aku cume perli diri sendiri bukan kau orang. Siapa terasa dia penyebuk. Huh!

Macam aku kata,
Aku tak adalah busy mana pun.Balik kerja lepak dulu dengan kawan-kawan sampai jammed reda atau banjir surut dulu. Ada je masa sebenarnya.Cuma aku tak suka jammed.




ingat lima perkara...
sebelum lima perkara...
sihat sebelum sakit...
muda sebelum tua...
kaya sebelum miskin...
lapang sebelum sempit...
hidup sebelum mati...


Krik..krik!