Sunday 31 March 2013

Less is More - Kata aku tentang fesyen

Aku baru dapat housemate baru. Jakunkan?Aku memang jakun. Lagi jakun bila dapat tahu dia kerja dengan sebuah syarikat publisher yang satu masa dulu aku ada angan-angan nak jadi salah sorang diorang punya Editor.

Berangan itu penting!Bak kata aku, No Dreams No Vision.

Bercerita pasal majalah majalah terkini. Maklumlah, majalah wanita muslimah pun tumbuh bagai cendawan lepas hujan sesuai dengan industri fesyen yang berkembang. Lagi bila ramai artis-artis pun mula berhijab. Menjadi contoh serta ikutan. Baguslah di situ. Lepas ni designer-designer barat mungkin boleh hasilkan baju yang cukup kain untuk kami hijaber. Menarik orang mendekati islam lagi. Postif lagi di situ.

Aku nampak, ramai yang dah mula bertudung dan berhijab walaupun tak menutup aurat sepenuh. Alhamdulillah. Baik istiqamah. Paling best Wawa Zainal, cantik manis yang sweet tu pun kata, dia pun dah start nak berjinak-jinak pakai hijab. Suke sebab dia nampak makin chumil!

Entah tiba-tiba, ada benda yang aku tak setuju.Housemate aku pun setuju dengan aku.

Kalau perasan, model berhijab tu selalu memakai tudung/shawl yang berlapis-lapis. Agak-agaklah kan, di zaman yang semua benda nak cepat, adakah pemakaian shawl atau tudung si model itu relevan?

Terlalu berlapis-lapis nampaknya.
Color yang terlalu striking.
Entah berpuluh jarum peniti.
Dan entah.
Aku nampak tak kena.

Atau......

Korang pun nampak apa yang aku nampak pun rasa tak kena?

Memang. Aku memanglah bukan seorang yang stylooo...Sebab itu aku mencari satu sumber sebagai sebagai rujukan. Dan haruslah salah satu itu adalah majalahkan?


Pakai shawl aku suke cara Maria Elena dalam hijab chill. Ringkas dan mudah. Plus, shawl pun tak jarang macam tudung bawal. Labuh juga. Ada yang menutup dada. Kesimpulannya mudah dan senang.

Aku nak komen lebih-lebih pun rasa segan. Maklumlah. Bukannya pandai bebenor bergaya.

Tu je lah nak kata. Kata orang, saya budak baru belajar, Ada salah tolong tunjukkan.

Ye dok?

No comments:

Post a Comment