Sunday 10 February 2013

Seronoknya I-City : Mempermainkan Perasaan Emak

                 Hi!Assalamualaikum.....

                 Kita selalu merungut bila mana kehendak orang lain tak sama dengan kehendak kita. Acapkali tu jugak kita mempersoalkan kenapa orang tersebut tidak cuba untuk memahami kita. Kita merungut dan terus merungut tanpa sedar kenapa dan mengapa orang itu melakukan sedemikian padahal jauh di sudut hati orang tersebut sebenarnya mahukan yang terbaik untuk kita. Orang tersebut yang aku maksudkan adalah orang tersayang.


Nanti! Aku belum habis membebel lagi.......

Ini kisah aku dan emak aku ke I-City.

Baiklah. Itu hanya satu mukadimah yang serius.....

Minggu lepas aku ke I-City. Ikutkan, aku dah puas melawat I-City waktu mula-mula belum dibuka secara rasmi.  Maklumlah, rumah sewa aku waktu belajar tu berdekatan amat dengan I-city. Bak kata orang kampung, belakang umah je Cik Non oiiii! Kentut pun boleh bau!

Melampaukan dekatnya I-City dengan rumah sewa aku dulu-dulu. Jadi, sekarang ni orang dok sibuk nak ke sana aku macam dah tak heran. Dengarnya lagi dah berbayar. Isu lainnya di sini, adakah yang dibayar berbaloi? Iqra'! Sehingga habis entry aku kali ini.

Mak aku dan adik aku teringin nak ke sana. Maklumlah alang-alang dah sampai sini. Aku layankan jelah. Banyak jugak yang berubah. Dulu parking bersepah dan free, sekarang dah berbayar. Tak kisahlah kan if nak kena bayar pun. Aku yakin sejam cuma dua hinggit! Aku sampai lebih kurang pukul 10 malam.

Aku naik Ferris Wheel dengan adik aku, Aeron Aziz (bukan nama sebenar). Gayat jugaklah. Sekali naik, seringgit. Ok! Baiklah!Mood aku nak jadi sinikal dan kita bermain dengan calculator zaman add math. Kalau aku kata seringgit, kau orang darab seploh ok? Seringgit untuk satu kepala, selama tujuh minit bersamaan juga satu round. Yang ni betul tujuh minit tak perlu darab seploh. Murah dan berbaloi-baloikan?Kan? Macam nak kata dekat adik aku, Weh!!!Murah sangatlah!!Apa kata kita main pusing-pusing dekat sini (Shah Alam) je!, maklumlah Shah Alam Bandaraya Beroundabout!

                  Kalau singgit untuk dua tiga raound, puas hati jugaklahkan. Barulah berbaloi!

                                            Nasib baik pemandangan indah!


Sebelum naik, diorang amik gambar kita orang pakai kamera DSLR yang bila turun dari Ferris Wheel ni diorang kata For Freeeeeeeeee! ----->RM25.00  je sekeping.   Nasib baik tak paksa beli.

Adik aku nak tengak movie 6D. Yang ni harga dua hinggit lima kupang. Hah! Hang darab dengan seploh! Nak tau bapa minit? duration? Lebih kurang seploh minit je. Berbaloi tak beragak-agak!


Ok. Kita orang main benda alah ni pulak.Aku tak tahu nama dia apa. Kali ini aku suh mak and adik aku naik. Mak aku dia kata tak mahu mulanya tapi setelah dipujuk mak aku pun naik. Aku cuma nak mak aku gembira je weh...tak ada niat lain. Aku nak dia rasa 'kegembiraan' bermain mainan di I-City macam mana yang aku rasa.


Turun dari menatang ni mak aku kata kat aku, " Sampai hati Yana (jugak bukan nama sebenar), mainkan perasaan mak!"

*Krik*Krik......

Lepas tu adik aku pulak dok bebel dekat aku, kata mak aku gayat naik menatang ni. Dia rasa nak nangis dan dok pegang tangan adik aku erat-erat!

Sumpah aku terkedu weh! Aku ingat mak happy! Aku fikir dalam-dalam waktu on the way balik hotel, selalu kita argue dengan orang yang tersayang, akulah tu kata yang orang tersebut tidak memahami kita walhal jauh di sudut hati mereka, mereka cuma mahu yang terbaik untuk kita. Macam aku kata, aku cuma nak mak aku gembira tapi tak sangka mak aku gayat dan tak gembira langsung pun sebenarnya main menatang nih! 

Mungkin, aku patut perhati gambar ni betul-betul sambil tengok muka mak yang sedikit takut. Mintak maaf mak!

 
Menatang ni pun seringgit je sekali round weh!

Well...Bagi aku, kalau ada satu bintang je pun atas langit untuk I-City, aku tak akan bagi dekat mereka. Sekurang-kurangnya, kau bagilah dua tiga round setimpal dengan harganya. Bukan aku customer mintak seploh round. Aku cuma nak rasa berbaloi dengan apa yang aku bayar. 

Tak apalah...kurang-kurang kegembiraan bersama dengan family tu ada. Cuba rasa positif dengan kata berbaloi duit yang dispent bersama-sama family. Happiness is only when we Shared (To The Wild). Balik tu, aku pun masukkan parking fee dekat Autopay dan gosok mata dua tiga kali tak percaya!Hah? SEPLOH HINGGIT (Jerit kuat-kuat!). Aku masuk pukul 10 malam sampai 12 malam je weh!

Wahhhh!!!Nak jerit je lagi!!!

HAK PENGGUNA HAK KAMI!!!!!

No comments:

Post a Comment