Tuesday, 2 April 2013

Hidup Perlu Bersyukur-Aku Insaf jap

Aku nak tido.Tapi Laptop buka lagi. Lepas geram jap sebab lama tak update blog.

Ada satu customer. Marah sebab cheque reject. Marah-marah sebab bank tak call dia. Segala macam perkataan keluar dari mulut. Kata macam-macam dan kata bank solap duit. Kata dia, itu nasib baik sikit jumlahnya. Hei, cakap macam kau sengkek!Duit padahal beratus ribu. Lupa ke duit kau yang ada masih cukup untuk kau makan minum? Agak-agak, kau nak tambah satu lagi cawangan pun boleh...

Ada lagi satu orang. Nak tahu gaji dia masuk atau tidak. Aku tengok, yang masuk tak sampai empat angka. Tapi sistem ada masalah waktu tu. So dia tak boleh keluar duit.Tenang tanpa membebel apa. Siap terdengar dia kata pada sang isteri," Yang...duit abang dah masuk, tapi sistem ada masalah,".Lepas kata terima kasih, dia berlalu. Aku terkesima. Terkedu.

Tenang sangat. Tetiba aku INSAF. Sekejap. Doa mahu rasa itu berpanjangan.Moga aku jadi insan yang BERSYUKUR. AMINNNNNN.



No comments:

Post a Comment