Hi. Assalamualaikum...
Untunglah....Tak ada jerawat. Opss. Yakin kau nokkksss...Kata aku dalam hati bila hari ini orang sibuk mengadu pasal kulit berjerawat.. Cerita semalam aku belum habis lagi ok. Tapi aku penah dengar orang kata, lebih baik berjerawat daripada berjeragat....betul ke? Abaikan!
Ok. Sebelum tu...ada orang rindu aku? " krik. krik"...Ok. Paham.
Seperti yang diketahui, masalah utama aku adalah MUKA BERJERAWAT.
Sebelum aku membebel panjang pasal jerawat, aku nak bagitahu yang family aku, especially mak aku memang ada jerawat yang sangat teruk. Jadi, bukan salah ibu mengandung bila aku pun ada jerawat yang sangat teruk. Dah memang Qada' dan Qadar, di situ aku perlu terima hakikat.Dan paling teruk muka 'dijangkiti' jerawat dalam adik beradik aku adalah aku.
Menyedari hakikat itu, aku perlu berusaha lebih sedikit daripada orang yang mempunyai jerawat tetapi ibu atau bapa tidak menunjukkan simptom berjerawat.
Masa aku form 5, aku penah mendapat jolokan 'pelajar tingkatan 5' paling berjerawat. Aku tak bercampur dengan dunia luar waktu so tak kisah sangat plus sekolah aku pun semua perempuan. Dalam hati kadang-kadang still ada rasa segan. But who cares?Sekolah semua perempuan....huhu.
SPM habis. Masuk matrik. Aku ada 6 bulan gap sebelum masuk matriks. Waktu aku duduk rumah tak buat apa, mak aku dok jaga muka aku. Aku pun dah mula segan dengan muka yang teruk tu sebab faktor sekeliling yang memerlukan aku bergaul dengan orang luar.Waktu ni aku sibuk amek lesen kereta. Aku makan antibiotik tetracycline. Waktu tu tak tahu pun antibiotik tak boleh consume untuk jangka masa panjang dan ianya boleh menyebabkan resistant.
Tahu apa itu resistant?
Tahap di mana badan dan diri kau dah jadi LALI dengan sesuatu antibiotik. Sila AWAS kerana perkataan ini penting sebab akan digunakan di next entry.
Back to topik.
Jerawat aku berada di tahap normal waktu itu.Dan aku lupa produk apa yang aku pakai waktu tu. Tahap kebajetan cun aku berada di tahap yang boleh dibanggakan. Cessss!
Aku sangkakan terik ditengahari rupa hujan di belah petang.
Aku keluar matrik sebab result aku teruk.Kesihatan aku pun tak mengizinkan. Aku heavy menses smpi HB aku tinggal bacaan 7.Aku makan pil perancang Nordette untuk betulkan balik kitaran haid aku. Tetracycline pulak aku tetap makan walaupun kadang-kadang onn off.
Abang saudara aku rekeman satu perubatan alternatif. Katanya sampai bila nak bergantung pada ubat doktor. Aku setuju.Arggghhh...Aku malas nak bagitahu rawatan alternatif apa. Kalau nak tahu, product ni, HQ ni ada ni Seksyen 13 Shah Alam. Aku tak kata mereka tak bagus tapi mungkin tak kena dengan diri aku. Berendam dalam bathtab penuh ice adalah salah satu cara rawatan mereka. SEJUKKKKKK!
Di sinilah segalanya bermula titik hitam dalam hidup aku kembali.
Kerana aku tak mahu makan tetracycline lagi, aku ikutkan cara mereka selain beli product mereka. Salah satunya Cleanser Tea Tree mereka.Cara pakai...Nama pun cleanser, haruslah untuk cuci muka. Tapi..tapi....peliknya mereka kata perlu pakai sebagai 'krim' malam. Hah?Pelik. Aku turutkan. Expert Knw the Best katenyakan.
Jerawat sikit demi sikit keluar. Satu dekat hidung, dua dekat pipi, tiga dekat dahi
Dan akhirnya.....selepas semimggu....................
MAKKKKKKK!!!!Bapak! Mak! Nenek! Datuk! Moyang! Jerawat batu semua keluar beb!Jerawat dimuka aku tumbuh bak cendawan selepas hujan! Berlaku seminggu sahaja weh!Setiap celah muka aku tumbuh jerawat! Seram sangat!Cleanser tu macam jadi 'baja' pada jerawat aku!
Mak aku tengok muka aku menangis beb! Menangis!Aku apakan lagi...........
Memang aku sumpah rawatan tu wehhhh!Macam @$%^&...Tu je lah yang aku boleh kata. Rosak muka aku!
Bayangkan gambar atas, adalah setahun selepas peristiwa kejadian pun boleh aku kategorikan muka sebagai teruk, inikan pula sewaktu kejadian. Gambar atas tu pun aku dah kira 50% muka aku recover dari jerawat. Kalau korg kata gambar dekat atas kulit aku dah teruk, apakan lagi sebelum tu. Dapat imagine tak? Tak dapatkan?
Bayangkan gambar atas tu aku amek lepas aku dah pegi macam-macam rawatan dan buat facial. Pergi pakar kulit dekat JB dekat dengan JALAN TEBRAU.Sesiapa orang JB, tahu dah tempat ni sebab famous doktornya adalah doktor pakar kulit terbaik in town. Aku amek ubat terbaik dunia untuk Jerawat. ROACCUTANE. Sampai sekarang ni aku ingat ubat ni!Sesiapa yang penuh teruk berjerawat tau dah jenama ubat ni. Tapi ubat ni tak boleh makan lama sebab dosagenya sangat kuat. Pada aku kesan ubat ni temporary je. Lepas lama tak makan jerawat aku datang balik.
Itu tak termasuk buat facial dekat CLARA INTERNATIONAL.Aku tak ingat berapa session aku amek tapi yang penting, produk dia byk gila aku beli. Duit pun beriban habis! Yang staff Clara pun dok promote macam-macam sampai produk eyebag pun aku beli.Ya Allah! Naifkan aku?Ntah pe kaitan eyebag dengan jerawat pun aku tak tahu. Kalau kau dalam situasi aku, yang nak muka cepat sembuh, selain staff yang amek kesempatan kau pun akan terpengaruh kot. Haihhhh. Pengajaran sangatttttt.
Masa aku pegi pakar kulit dekat JB, doktor tu ada kata, kemungkinan ini jerawat aku adalah kerana horman. Aku faham dah sebab kalau tengok kulit mak aku, kemungkinan jerawat aku adalah kerana hormon aku yang tak stabil. Maklumlah genetik. Kalau dah period pun dah tak btolkan?
Selain muka berjerawat, aku ada masalah lain yang datang bersama jerawat aku yang teruk itu. Tak lain tak bukan MUKA NAMPAK TUA DARI USIA SEBENAR.
Cube klik untuk tumbesaran dan zoom.
S.E.D.I.H.
Macam yang aku kata, dulu, orang ingat umur aku 27 ke 29 tahun kot padahal baru 21-22 tahun. Semuanya kesan daripada bekas-bekas tinggalan jerawat selain jerawat degil yang tak mahu hilang.Aku benci nak mengaku umur aku waktu tu sebab orang tak percaya. Stresssss!Sumpah! Waktu ni aku hilang keyakinan diri.
Kulit aku nampak saggingkan..............
Aku hilang keyakinan diri, hilang kulit keremajaan aku, ahhhh..kesimpulan aku benci dengan kulit aku sendiri.Hari-hari aku rasa down.
Di sebabkan aku tak confident, bila aku nak keluar joging pun aku pakai foundation and bedak compact yang tebal sampai kawan aku tegur...
"Kau nak keluar jogng je pun, pehal pakai foundation bagai?Kulit dah macam tu, lagi ditutup makin teruk la jerawat kau...".
Dan aku terus down sambil menyumpah seranah dalam hati!" Muka kau licin tak ada jerawat, kau bukan faham apa yang orang macam kita orang ni rasa!"
Memang...memang orang yang mukanya tak ada jerawat teruk tak faham. Apa yang kau boleh rasa bila kitaorang rasa semua orang dok perhati dan pandang muka kau sebab muka kau penuh jerawat? Tak confident kottt. Kau boleh la jalan sambil sengih-sengih-pada-orang-ramai-bajet-retis padahal yang kawan kau sorang ni sipu-sipu-malu-nak-sorok-muka-dalam-baju bila jalan dengan kau.
So, soalan yang kau tanya untuk golongan kami yang berjerawat sangat boleh buat mintak penampar.
Aku pakai segala bagai produk nak tutup semua cela sebab cuma nak gaining confident je weh. Aku rasa, bukan aku sorang rasa dan akan buat macam tu. Siapa yang ada rasa macam aku angkat tangan!!!
Oklah. Cukup sampai sini dulu. Tetiba tak rasa emo pulakkan entry aku kali ni. Lagipun panjang dah ni. Banyak lagi nak cerita sebenarnya.Tunggu je lah next post.Okey?
P/S : Kau orang rasa, sabun apa yang ok untuk jerawat di badan?Huhu...Misi untuk badan pulak!
Sunday, 14 April 2013
Tuesday, 2 April 2013
Hidup Perlu Bersyukur-Aku Insaf jap
Aku nak tido.Tapi Laptop buka lagi. Lepas geram jap sebab lama tak update blog.
Ada satu customer. Marah sebab cheque reject. Marah-marah sebab bank tak call dia. Segala macam perkataan keluar dari mulut. Kata macam-macam dan kata bank solap duit. Kata dia, itu nasib baik sikit jumlahnya. Hei, cakap macam kau sengkek!Duit padahal beratus ribu. Lupa ke duit kau yang ada masih cukup untuk kau makan minum? Agak-agak, kau nak tambah satu lagi cawangan pun boleh...
Ada lagi satu orang. Nak tahu gaji dia masuk atau tidak. Aku tengok, yang masuk tak sampai empat angka. Tapi sistem ada masalah waktu tu. So dia tak boleh keluar duit.Tenang tanpa membebel apa. Siap terdengar dia kata pada sang isteri," Yang...duit abang dah masuk, tapi sistem ada masalah,".Lepas kata terima kasih, dia berlalu. Aku terkesima. Terkedu.
Tenang sangat. Tetiba aku INSAF. Sekejap. Doa mahu rasa itu berpanjangan.Moga aku jadi insan yang BERSYUKUR. AMINNNNNN.

Jerawat Muka yang Teruk - Part 1
Assalamualaikum,
Tak jawab dosa.
Aku cuti hari ni. So bangun pun lewat. Hari-hari lain aku dah jadi produktif, jadi ape salahnya kali ni aku nak bangun lewat. Target aku nak tidur sampai pukul 12 tgh hari. Sungguh!Sedar-sedar memang dah pukul 11.30 pagi. Mujur aku bejot. Tak perlulah nak bangun subuh. Siapa budak sekolah aku dulu, tahulah bejot tu ape. Alah! Dah boleh agak pun, agak2 kalau dah tak leh subuh tu...maknanya......Tetttt!
Hari ni aku nak jumpa orang. Oh..Sebelum keluar aku nak basuh baju!
Balik jumpa orang, aku mandi-mandi terus aku bukak laptop. Excited nak online. Nak tengok novel terbengkalai yang dah lama aku tinggalkan.Aku bukak folder My Document yang entah tahun berapa. Aku bukak satu-satu fail yang ada. Walawehhh! Fail lama-lama waktu aku masih blajar degree. Macam-macam beb!Ada fail Biochem Semester Tiga, Fail Microbe waktu blajar dengan Doktor Palavi. Memang tak leh blah! Blajarnya benda lain, sekarang kerja lain. Rezeki orang berbeza-bezakan?Jalan Allah. Kotlah satu hari aku jadi jutawan pulak. Cehhh...Siapa tahukan?
Belek punya belek, ada gambar-gambar aku dengan kawan-kawan aku.....Macam-macam gambar dan aksi. Cehhh! Entah tiba-tiba aku teringatkan diri aku satu masa dulu.
Selalu tak confident!
Selalu rendah diri......
Puncanya dua, berat badan dan JERAWATTTTTTTTTTT.
Kenapa highlight jerawat, tidak berat badan?
Masalah berat badan aku tidaklah seteruk mana. Masih dalam kategori yang boleh dikawal. Tapi jerawat?SANGAT TERUK!!!!Betul-betul buat aku hilang keyakinan diri. Aku stress btollah! Dulu, orang slalu ingat umur aku, dekat-dekat 27 or 28 tahun. Padahal umur baru 23 kot!!
Dalam waktu tu, aku benci bergambar dekat!Kalau gmbr dekat-dekat, aku mesti cover-cover.....
Ni. Gambar jauh. Kamera pun pakai kamera honfon Nokia 5300 Express Music je. Dah nampak lubang-lubang dengan jelas. Apakan lagi bile pakai DSLR. Gambar dari jauh dah nampak kulit macam kawah bulankan?
Sedih tak?
Haaa..Muka pun sedih.
Nih bawah matahari. Haaaaaa......Amek kau!!
Dah la muke dah teruk berjerawat. Makan pun gelojoh. Haha! Buruk betul perangaikan......
Amek. Kau Hada? Jerawat manis tepi pipi?
Gambar-gambar ni sangat nostalgia. Mudah-mudahan jadi peringatan supaya aku beringat kelak kot-kot muka aku dah licin bersih nanti. Maklumlah, Cantik itu pun satu Dugaan hidup.(aku tak kata aku cantik!Krik!kirik!)
Emmm...Tak apalah....
Haha! Bersyukur gaklah sebab ada gak orang penah kata, walaupun kulit aku macam tu, kawan aku kata aku KADANG-KADANG cun (cissssss!kenapa mesti ada kadang-kadang) Lebih-lebih lagi bila make up macam ni....Faktor lighting, jerawat aku kurang kelihatan
Oklah....nanti aku sambung lagi macam mana kulit aku boleh back to normal macam sekarang.Gambar-gambar yang korang tengok pada post-post aku yang lepas. Dah ngantuk dah ni.Satay Tune!

Subscribe to:
Posts (Atom)