Sunday, 31 March 2013

Less is More - Kata aku tentang fesyen

Aku baru dapat housemate baru. Jakunkan?Aku memang jakun. Lagi jakun bila dapat tahu dia kerja dengan sebuah syarikat publisher yang satu masa dulu aku ada angan-angan nak jadi salah sorang diorang punya Editor.

Berangan itu penting!Bak kata aku, No Dreams No Vision.

Bercerita pasal majalah majalah terkini. Maklumlah, majalah wanita muslimah pun tumbuh bagai cendawan lepas hujan sesuai dengan industri fesyen yang berkembang. Lagi bila ramai artis-artis pun mula berhijab. Menjadi contoh serta ikutan. Baguslah di situ. Lepas ni designer-designer barat mungkin boleh hasilkan baju yang cukup kain untuk kami hijaber. Menarik orang mendekati islam lagi. Postif lagi di situ.

Aku nampak, ramai yang dah mula bertudung dan berhijab walaupun tak menutup aurat sepenuh. Alhamdulillah. Baik istiqamah. Paling best Wawa Zainal, cantik manis yang sweet tu pun kata, dia pun dah start nak berjinak-jinak pakai hijab. Suke sebab dia nampak makin chumil!

Entah tiba-tiba, ada benda yang aku tak setuju.Housemate aku pun setuju dengan aku.

Kalau perasan, model berhijab tu selalu memakai tudung/shawl yang berlapis-lapis. Agak-agaklah kan, di zaman yang semua benda nak cepat, adakah pemakaian shawl atau tudung si model itu relevan?

Terlalu berlapis-lapis nampaknya.
Color yang terlalu striking.
Entah berpuluh jarum peniti.
Dan entah.
Aku nampak tak kena.

Atau......

Korang pun nampak apa yang aku nampak pun rasa tak kena?

Memang. Aku memanglah bukan seorang yang stylooo...Sebab itu aku mencari satu sumber sebagai sebagai rujukan. Dan haruslah salah satu itu adalah majalahkan?


Pakai shawl aku suke cara Maria Elena dalam hijab chill. Ringkas dan mudah. Plus, shawl pun tak jarang macam tudung bawal. Labuh juga. Ada yang menutup dada. Kesimpulannya mudah dan senang.

Aku nak komen lebih-lebih pun rasa segan. Maklumlah. Bukannya pandai bebenor bergaya.

Tu je lah nak kata. Kata orang, saya budak baru belajar, Ada salah tolong tunjukkan.

Ye dok?

Saturday, 30 March 2013

Anyone Miss ME?

Tajuk haruslah penuh kontroversi macamlah kau glamor....Cik Temah Oiiiii!

Ok, Aku ulang. Ada sesiapa rindu aku?Ok. Tak. Noted!

Mana aku menghilang?Haruslah sibuk kerja.Maklumlah makan gaji menampung hidup yang sara hidup diri sendiri makin tinggi tak sesuai dengan kenaikan gaji yang ciput. Walaupun hakikatnya kau bekerja di syarikat adik nombor dua si nombor satu dalam negara. Agak-agak ada orang paham tak kiasan aku?Haha. Bak kata cik Siti suara merdu selepas 'melihat' show gangnam stail di kawasan pihak lawan, Kita tunggu mesyuarat agung ke-13 nanti!

Ya. Sungguh!Aku memang sarkastik!Walaupun sarkastik itu cuma aku yang paham. Blog aku, ikut suka aku.

Emosi. Negatif di situ.Berhenti. Dan tarik nafas dalam-dalam.Lepas perlahan-lahan bawa pergi semua amarah......Cehhh...sastera sangattttt.

Macam aku kata, aku sibuk kerja.Headcount tak cukup sebab otai lama ramai berhenti. Tak puas hati dengan manegemant. Aku sendiri ada kisah aku sendiri dengan mereka. Kisah aku dan MC. Oh! Tidak! Aku, MC dan surat doktor.Tapi aku malas nak bercerita di sini. Memandangkan .....I rest my Case! Plus aku dah pun langsai nazar puasa tiga hari berturut kerana dapat apa yang aku nak dan tengak payslip, hati rasa lega. Alhamdulillah.

Well. Aku cuba sedaya-upaya aku untuk update blog. Walaupun tak selalu, tapi mesti ada yang rindu. Oh!ya! Tangan aku dah 90% sembuh. Terima kasih doa kalian. Alhamdulilah.