Sunday, 10 February 2013

Seronoknya I-City : Mempermainkan Perasaan Emak

                 Hi!Assalamualaikum.....

                 Kita selalu merungut bila mana kehendak orang lain tak sama dengan kehendak kita. Acapkali tu jugak kita mempersoalkan kenapa orang tersebut tidak cuba untuk memahami kita. Kita merungut dan terus merungut tanpa sedar kenapa dan mengapa orang itu melakukan sedemikian padahal jauh di sudut hati orang tersebut sebenarnya mahukan yang terbaik untuk kita. Orang tersebut yang aku maksudkan adalah orang tersayang.


Nanti! Aku belum habis membebel lagi.......

Ini kisah aku dan emak aku ke I-City.

Baiklah. Itu hanya satu mukadimah yang serius.....

Minggu lepas aku ke I-City. Ikutkan, aku dah puas melawat I-City waktu mula-mula belum dibuka secara rasmi.  Maklumlah, rumah sewa aku waktu belajar tu berdekatan amat dengan I-city. Bak kata orang kampung, belakang umah je Cik Non oiiii! Kentut pun boleh bau!

Melampaukan dekatnya I-City dengan rumah sewa aku dulu-dulu. Jadi, sekarang ni orang dok sibuk nak ke sana aku macam dah tak heran. Dengarnya lagi dah berbayar. Isu lainnya di sini, adakah yang dibayar berbaloi? Iqra'! Sehingga habis entry aku kali ini.

Mak aku dan adik aku teringin nak ke sana. Maklumlah alang-alang dah sampai sini. Aku layankan jelah. Banyak jugak yang berubah. Dulu parking bersepah dan free, sekarang dah berbayar. Tak kisahlah kan if nak kena bayar pun. Aku yakin sejam cuma dua hinggit! Aku sampai lebih kurang pukul 10 malam.

Aku naik Ferris Wheel dengan adik aku, Aeron Aziz (bukan nama sebenar). Gayat jugaklah. Sekali naik, seringgit. Ok! Baiklah!Mood aku nak jadi sinikal dan kita bermain dengan calculator zaman add math. Kalau aku kata seringgit, kau orang darab seploh ok? Seringgit untuk satu kepala, selama tujuh minit bersamaan juga satu round. Yang ni betul tujuh minit tak perlu darab seploh. Murah dan berbaloi-baloikan?Kan? Macam nak kata dekat adik aku, Weh!!!Murah sangatlah!!Apa kata kita main pusing-pusing dekat sini (Shah Alam) je!, maklumlah Shah Alam Bandaraya Beroundabout!

                  Kalau singgit untuk dua tiga raound, puas hati jugaklahkan. Barulah berbaloi!

                                            Nasib baik pemandangan indah!


Sebelum naik, diorang amik gambar kita orang pakai kamera DSLR yang bila turun dari Ferris Wheel ni diorang kata For Freeeeeeeeee! ----->RM25.00  je sekeping.   Nasib baik tak paksa beli.

Adik aku nak tengak movie 6D. Yang ni harga dua hinggit lima kupang. Hah! Hang darab dengan seploh! Nak tau bapa minit? duration? Lebih kurang seploh minit je. Berbaloi tak beragak-agak!


Ok. Kita orang main benda alah ni pulak.Aku tak tahu nama dia apa. Kali ini aku suh mak and adik aku naik. Mak aku dia kata tak mahu mulanya tapi setelah dipujuk mak aku pun naik. Aku cuma nak mak aku gembira je weh...tak ada niat lain. Aku nak dia rasa 'kegembiraan' bermain mainan di I-City macam mana yang aku rasa.


Turun dari menatang ni mak aku kata kat aku, " Sampai hati Yana (jugak bukan nama sebenar), mainkan perasaan mak!"

*Krik*Krik......

Lepas tu adik aku pulak dok bebel dekat aku, kata mak aku gayat naik menatang ni. Dia rasa nak nangis dan dok pegang tangan adik aku erat-erat!

Sumpah aku terkedu weh! Aku ingat mak happy! Aku fikir dalam-dalam waktu on the way balik hotel, selalu kita argue dengan orang yang tersayang, akulah tu kata yang orang tersebut tidak memahami kita walhal jauh di sudut hati mereka, mereka cuma mahu yang terbaik untuk kita. Macam aku kata, aku cuma nak mak aku gembira tapi tak sangka mak aku gayat dan tak gembira langsung pun sebenarnya main menatang nih! 

Mungkin, aku patut perhati gambar ni betul-betul sambil tengok muka mak yang sedikit takut. Mintak maaf mak!

 
Menatang ni pun seringgit je sekali round weh!

Well...Bagi aku, kalau ada satu bintang je pun atas langit untuk I-City, aku tak akan bagi dekat mereka. Sekurang-kurangnya, kau bagilah dua tiga round setimpal dengan harganya. Bukan aku customer mintak seploh round. Aku cuma nak rasa berbaloi dengan apa yang aku bayar. 

Tak apalah...kurang-kurang kegembiraan bersama dengan family tu ada. Cuba rasa positif dengan kata berbaloi duit yang dispent bersama-sama family. Happiness is only when we Shared (To The Wild). Balik tu, aku pun masukkan parking fee dekat Autopay dan gosok mata dua tiga kali tak percaya!Hah? SEPLOH HINGGIT (Jerit kuat-kuat!). Aku masuk pukul 10 malam sampai 12 malam je weh!

Wahhhh!!!Nak jerit je lagi!!!

HAK PENGGUNA HAK KAMI!!!!!

Saturday, 9 February 2013

Little Thing itu Perkara Kecil Tapi Bawa Makna Besar

           Hi! Assalamualaikum......

                  Kembali ke tempat kerja dua hari yang lepas....



 Nah! Muka gembira....Terima kasih Allah!

Tahu dah, lepas ni tentu tak menyempat nak update blog macam dulu. Tak apalah. Tulis Perkara Kecil  macam diary dan upload saja. Setiap saat tak mahu rasa dibazirkan. Hidupkan mudah dan indah.....Tak perlu ribut-ributkan?

Perkara Kecil lagi........


Perkara Kecil 5) Call my only brother and had a chat with him. We plan to do BBQ soon.

Aku tahu Perkara Kecil aku, apalah sangatkan. Nama pun perkara kecil.What a wonderful life! Wonderpet sungguh!!! Last but not least......................


                                                    Terima kasih atas Quote yang indah!

Wednesday, 6 February 2013

Back To Work dan Cerita Fisioterapi

     Hi! Assalamualaikum!!!

Hari ni aku pegi fisioterapi.....

                                             Kanak-kanak Double Chin, ceh!

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Tangan aku, walaupun tak pulih sepenuhnya, tapi dah boleh digerakkan hampir seperti normal. Ya, hari ni pertama kali aku pergi fisioterapi.

Jom masuk ke Bilik Rawatan Lilin!

Aku sungguh teruja bila tangan kena celup pada lilin cair.Huk!huk!
                                                       Wax yang dah mengeras
Cik Ati, Si Fisioterapi aku suruh rendam tangan hingga siku pada lautan lilin cair sebanyak tujuh kali sebelum dibalut.

Aku request, aku nak simpan wax ni macam gambar bawah tapi tak dibenarkan. Konon-konon nak jadikan kenangan terindah.Haihhhhh!
                                                Amacam?Stailkan? Encik Google

Sempat Cam whore lagi.Huhuhu...
 

Pada yang doakan aku, terima kasih ya! Berkat doa kamu, aku esok dah mula kerja! XOXO!

Lawatan Sambil Belajar : Cruise Tasik Putrajaya

                Hi!!!Assalamualaikum

Bertemu lagi kita dalam rancangan Jalan-Jalan Carik Makan! Ok...Mula-mula dah merepek. Abaikan....

Aku nak bercerita nih pasal lawatan sambil belajar di Putrajaya. Hari tu, mak aku ke Jabatan Perkhidmatan Awam untuk urusan pencen ayah aku yang baru meninggal bulan lapan tahun sudah. So, mak aku pun ikut aku pulang ke KL. Rupanya urusan mak aku habis awal di Putrajaya. Tetiba mak aku bersuara memberi pandangan yang bernas untuk episod jalan-jalan kali ini.

                                    Kate ke Putrajaya, haruslah ada gambar identitikan............


"Eh, dekat sini ada Cruisekan?" Jelas bebenar mak aku tak mahu balik hotel lagi. Sila tukar perkataan Cruise dengan ----> MOTOBOT. Maklumlah kami ni orang kampung.Saje je nak feling-feeling omputih bile berblog.
" Hurrmmm," Jawabku acuh tak acuh. Aku terkenang-kenang katil hotel yang empok sambil kulit digigit nyaman aircond bersuhu 18 darjah celcius. Aku memang tengah malas  rajin yang amat sebenarnya.

" Jomlah Yana. Mak bukan selalu datang KL," Mak aku merengek. Amboi...dulu, waktu kecik kau merengek, pantas mak kau dukungkan?

Aku still diam. Diam bukan tanda setuju tetapi berfikir-fikir.

" Mak nak ke toilet kejap,"Kata mak. Aku terus ke kereta. Hujan pulak renyai-renyai menjadikan aku semakin malas. Sementara mak dan adik aku, Aeron (dia minta nama dirahsiakan, budget retis katenya Wah!!!) ke toilet, aku google lah tempat-tempat menarik Putrajaya dan terjumpalah blog ni. Terima kasih lah kepada cik punya blog, tetibe aku terfeel excitedkan lepas baca blog dia. Alang-alang dah sampai Putrajaya, bila lagi nak ke sini ye tak? Sah-sahlah ada yang sponsor ye dak?***wink...

Lantas.....

" Mak! Jom pegi naik Cruise!" Kataku excited sambil memecut Ferrariku 170km sejam. Wajah mak dan Aeron bertukar ceria. Ahakssss!

Berbekalkan Google Map yang berjasa, upenya Tasik Cruise Putrajaya ni belakang Masjid Putra je.

Cantik tak? Aku edit pakai instagram je.


 Kitaorang solat zohor dulu memandangkan kiteorang terlepas Cruise pukul 1pm.
        Adik aku kata sekali imbas gambar ni ghupa Ju-On. Rasa nak lempang laju-laju. Nasib aku kakak.

Kitaorang punya waktu berlepas adalah pukul 2.15 petang. Pada yang solat zuhur masuk lewat, taklah rushing sangatkan.

                 Emak dan Si Gemuk. Effect tali pinggang yang kunun memberi effect kurus adalah GAGAL

Biarlah gambar berkata-kata.

                                   Ticket dan Air yang diberikan sebelum menaik Cruise.

                                       Jeti........Cantikkan? Maksud aku, pandai aku edit gambarkan?

                                                       The Motobot aka The Cruise

Dan berlepas.......................Layanlah dulu gambar,





Masjid Putra dari kejauhan 

                                                       Jambatan yang dilalui

                               Katanya jambatan ini berinspirasikan jambatan di Paris

Aku memang feeling-feeling omputih bila lalu di bawah 'London Bridge'.....

                                                     Wah!!Gitu katenya...........

                       The Captain, The Tourist Guide and The Nahkoda Kapal Mungkin..Errr

                                                     Dan adik manis kita...
                                             "Cehhh...Ngooorat boleh?"
                                            "Bolehhhh....Saya pun dah lama single........."

Naik ke daratan terus ke melayan perut...............

                                                              Amek kau! Tamak tak aku?

Pada sesiapa yang berminat boleh google and pegi pada laman web ni, Cruise Tasik Putrajaya. Ok?

Oh ya! Heiii!!Tangan aku dah dibuka simennya!Bahagianya!